Tuesday, 28 March 2017

PERTEMBUNGAN 2 KEM PAS DI KELANTAN.


SUMBER
Walaupun mereka yang tidak sehaluan dengan saf kepimpinan tertinggi sudah lama disingkirkan, ia tidak bermakna PAS kini bebas daripada pergolakan dalaman menjelang muktamar bulan depan.
Sudah ada tanda-tanda berlaku perebutan kuasa di antara Ketua Pemuda PAS, Nik Abduh Nik Aziz, dan Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohamad Amar Nik Abdullah atau juga dikenali Nik Amar, kata seorang pemerhati veteran yang banyak menulis tentang politik PAS.
Mohd Sayuti Omar berkata, tindakan Nik Abduh, yang juga anak bekas mursyidul am PAS, bertanding untuk jawatan kedua tertinggi di PAS Pengkalan Chepa baru-baru ini, membuktikan cita-cita ahli Parlimen Pasir Mas itu untuk mengikuti langkah bapanya, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
“Ia masih berlaku di bawah karpet, tetapi sudah wujud 2 kem di Kelantan, di antara Nik Abduh dan Nik Amar.
“Perselisihan itu adalah untuk merebut takhta, dan takhta yang dimaksudkan adalah jawatan menteri besar,” Sayuti memberitahu FMT.
“Bagi saya, Nik Abduh mempunyai cita-cita untuk menjadi menteri besar Kelantan. Tindakannya masuk ke Pengkalan Chepa adalah bertujuan untuk menjatuhkan kem Nik Amar,” katanya dalam wawancara bersama FMT.
Nik Abduh bertanding menentang Ahli Parlimen Pengkalan Chepa, Dr Izani Husin untuk jawatan timbalan yang dipertua, tetapi hanya memungut 37 undi berbanding Izani yang mendapat 209 undi.
Ada yang melihat kekalahan itu tamparan hebat untuk Nik Abduh yang merupakan anak kepada tokoh PAS paling berpengaruh era ini.

PARLIMEN : PERUNTUKAN TAMBAHAN RM62JUTA UNTUK APA ? JAWAPAN DI BAWAH.


dalam sesi penggulungan bajet, menteri kewangan ke 2 di soal mengenai peruntukan tambahan RM62 juta untuk SPR.

pembangkang tanya ni untuk apa ?
adakah untuk kos persempadanan semula ?

jawapan menteri..

peruntukan tambahan RM62 juta itu untuk melangsungkan 3 pilihanraya tahun 2016.

pertama pilihanraya negeri sarawak RM60 juta
kedua PRK kuala kangsar dan sungai besar melepasi RM2 juta .

bila dah masuk disoal dan di jawap dalam parlimen, jadi boleh jadi rujukan lah untuk mana-mana negeri yang ada cadang nak buat snap election secara mengejut.

kosnya lebih kurang macamtu lah. bergantung kepada keadaan geografi setempat, keperluan logistik, tenaga kerja dan kos lain lain.

Monday, 27 March 2017

WAJIB VIRAL : KENYATAAN BEKAS KETUA HAKIM NEGARA ( ADA DISEBUT LINA JOY )


Seorang bekas ketua hakim negara mentafsir Perlembagaan Persekutuan dengan cara yang menjadikan undang-undang Islam sebagai undang-undang kedua tertinggi di Malaysia.
Ini kerana kata Tun Ahmad Fairuz Sheikh Abdul Halim, sama seperti undang-undang yang bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan menjadi tidak sah, undang-undang bertentangan sumber utama undang-undang Islam – Al-Quran dan Sunnah – juga tidak sah.
Menjelaskan tafsiran beliau, Fairuz yang merupakan ketua hakim negara dari 2003 hingga 2007, memetik penghakiman Majlis Privy berhubung 1 kes di Singapura, di mana ia berkata undang-undang yang sah mesti mematuhi peraturan asas ditetapkan English Common Law.
“Pandangan ini seolah-olah diterima pakai di Malaysia juga. Tetapi disebabkan Islam ialah agama persekutuan, sudah tentu prinsip asas undang-undang ini perlu berasaskan bukan sahaja kepada English Common Law, tetapi (juga) undang-undang syariah.
“Saya mahu menekankan aspek kehakiman dalam takrif Islam di mana al-Quran dan Sunnah adalah sumber utama undang-undang Islam.
“Perkara 4 Perlembagaan Persekutuan menyatakan undang-undang bertentangan Perlembagaan Persekutuan tidak sah, dari segi peruntukan bercanggah. Dengan itu, undang-undang bertentangan al-Quran dan Sunnah juga menjadi tidak sah.”
Katanya ketika memberi syarahan mengenai “Islam sebagai Undang-undang Negara” di Hotel Majestic hari ini.
Fairuz berkata, British ketika menjajah Tanah Melayu mengehadkan tafsiran Perlembagaan Persekutuan.
Bagaimanapun, beliau memberi tafsiran lebih luas melalui penghakiman ke atas kes Lina Joy.
“Perkataan ‘Islam’ dalam konteks Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan bermakna tindakan berkaitan ritual dan upacara Islam.”
Perkara 3 menyatakan Islam sebagai agama persekutuan.
“Dalam kes Lina Joy, ketika saya menjadi ketua hakim, saya berkata Islam juga adalah cara hidup lengkap merangkumi semua aspek aktiviti manusia, termasuk badan kehakiman, politik, dan ekonomi antara lain,” katanya.
Oleh itu, dengan membaca Perkara 3 dan 4 bersama, Fairuz mentafsirkan Perlembagaan Persekutuan yang menjadikan undang-undang Islam kedua tertinggi.
Dalam kes Lina Joy, wanita Melayu Islam itu mahu memeluk agama Kristian untuk mengahwini teman lelakinya, tetapi Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) bertegas beliau perlu mengemukakan sijil daripada Mahkamah Syariah, yang tidak dimilikinya.
Peguamnya berhujah JPN hanya perlu mempertimbangkan sijil pembaptisan daripada gereja untuk memudahkan pertukaran nama dan agama.
Mahkamah Persekutuan dalam keputusan majoriti pada 2007 menolak rayuan itu dan memutuskan “seseorang yang mahu keluar daripada agamanya perlu mematuhi undang-undang sedia ada atau amalan agama tertentu”.

INGAT LAGI FITNAH INI YANG BERLAKU SEMASA PRU 13 ?


ingat lagi beberapa siri terancang fitnah terhadap perjalanan pilihanraya di malaysia yang berlaku pada mac 2013 ?

selain 40 ribu bangla yang didakwa beratur untuk mengundi ( yang akhirnya kantoi dan dinafikan kenyataannya pula oleh mereka ) foto di atas juga memainkan peranan dalam usaha mereka mewujudkan persepsi perjalanan pilihanraya di malaysia ada unsur penipuan.

dakwat kekal telah didesak penggunaannya oleh pembangkang.

di kala majoriti negara menggunakan sistem biometrik, pembangkang mahu perjalanan sistem pilihanraya di malaysia menjadi 20 ke belakang.

dalam keratan di atas, di siarkan oleh akhbar harian berbahasa cina telah di projektorikan kononnya dakwat kekal ini boleh dibasuh/dicuci dengan menggunakan peluntur dettol dan peluntur pewarna kuku.

pelik bagaimana pelaku dan penyiar ini boleh mendapatkan 'kononnya dakwat sebenar' digunakan SPR masih tidak terjawap.

perjalanan SPR dalam mendapatkan sumber dakwat ini adalah penuh kerahsiaan dengan langkah keselamatan dan jaminan amat tinggi.

propaganda ini akhirnya menjadi senyap sunyi tak berbunyi SELEPAS MEREKA MENANG .

pada pru 14 kelak, seharusnya pihak2 berkenaan wajib pre emp beberapa lagi ide yang difikirkan bakal dipropagandakan oleh mereka menjelang hari hari pengundian.

propa bangla, dakwat boleh cuci, blackout dah tak boleh buat 2 kali.

apa agaknya yang sedang mereka rancangkan ?

mungkin blog ini akan keluarkan dulu list mereka untuk kantoikan awal :)

Thursday, 23 March 2017

SM IDRIS : UTAMAKAN TANAH UNTUK PERUMAHAN DAN BUKAN LOT KOMERSIL.



“Adakah satu keperluan untuk memiliki 32 juta meter persegi ruang runcit bagi penduduk Malaysia yang berjumlah 30 juta?” soal Idris.
Menurutnya, ia mengakibatkan lambakan hartanah komersil yang sepatutnya boleh digunakan untuk perumahan awam, terutama ketika krisis ekonomi di mana banyak pusat beli belah terbengkalai disebabkan perniagaan dipaksa tutup.
Idris mencadangkan pemulihan kompleks membeli-belah yang terbengkalai dengan mengambil contoh pemulihan bangunan Arcade Ikonik di Amerika Syarikat, di mana kedai runcit diubah kepada loteng kecil berukuran 225 kaki persegi.

LEBAI KALAH : AZMIN SINDIR SIAPA TEWWW ?


KEPADA BERSIH 2.0 : PERSEMPADANAN SEMULA YANG BERLAKU IKUT SYARAT PERLEMBAGAAN.


PERKARA 1

apa status terbaru dalam persempadanan semula di negeri-negeri semenanjung ?

SPR dah terbitkan satu cadangan persempadanan semula di semenanjung selepas selesai inkuiri tempatan selama 4 bulan ( inkuiri ini bermaksud pengundi tempatan ada hak membantah cadangan awal dari SPR )

namun dalam hal ini, selangor terpaksa hold dahulu pada dorang ( kerajaan negeri ) dah bawak isu ini kat mahkamah.

PERKARA 2

PERSEMPADANAN SEMULA IKUT LUNAS PERLEMBAGAAN. 

1. Tamat Tempoh Sekurang-Kurangnya Lat 8 Tahun Daripada Tarikh Urusan Kajian Semula Persempadanan Sebelumnya

Jika ia berkaitan dengan peruntukan Fasal (2) Perkara 113 Perlembagaan Persekutuan, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) boleh memulakan urusan Kajian Semula Persempadanan setelah tamat tempoh sekurang-kurangnya lat 8 tahun daripada tarikh urusan Kajian Semula Persempadanan sebelumnya. 

Ini bermakna ia tidak mewajibkan SPR memulakan urusan Kajian Semula Persempadanan sebaik sahaja mencapai tempoh lat 8 tahun. Namun, jika Kajian Semula Persempadanan ini dimulakan, SPR  perlu menyelesaikan urusan tersebut dlam masa 2 tahun.

2. Terdapat Pindaan Kepada Undang-Undang

Apabila Perlembagaan Persekutuan atau Undang-Undang Tubuh Negeri Dipinda, sama ada penambahan/pengurangan kerusi dewan atau pewujudan wilayah baru, SPR hendaklah membuat urusan Kajian Semula Persempadanan tersebut dan perlu menyelesaikan urusan tersebut dlam tempoh dua tahun dari tarikh pindaan undang-undang itu berkuatkuasa.

Tuesday, 21 March 2017

PAS TAK PERLU TUNGGU MUKTAMAR KASI PUTUS AJE DENGAN PKR.


isu putus hubungan pas dengan pkr.
nampaknya yang lebih berani adalah pas kawasan.
pas pusat.. masih  flip flop.
masalah pas ni satu. dia undecided.

bila orang kata dia flip flop, dia marah. haritu hj hadi kata pas nak 5 negeri, baki bagi umno. bila wartawan tanya, dia nafi.. aduh abis tu yang dah viral dalam youtube tu apa nya..

semalam MB kelantan kata pas akan tunggu muktamar pada april ini untuk kaji samada mahu putus hubungan dengan pkr.

pas dah putus hubungan dengan bersatu, pan dan dap.

masalahnya sekarang pkr ada dalam gabungan pakatan harapan.

pas kata dia taknak ada tunang-tunang dengan mana-mana parti dalam pakatan harapan.

gimik begini akan lagi merosakkan pas di mata ahli mereka sendiri. 

pas permatang pauh nampak bertelor sedikit bila decide nak putus dengan pkr. senang pala otak, senang buat kerja.

pas dari segi jentera parti tersusun , apa nak takut dengan pkr.

kasi putus lah

SABARLAH NIK ABDUH : KALAH MENANG BIASA DALAM POLITIK.


nik abduh kalah dalam pemlihan timbalan yang dipertua pas kawasan pengkalan chepa.

dia dapat 37 undi berbanding pencabarnya 209 undi.

kalau ikut tradisi, ini kerusi tradisi untuk keluarga nik abduh. ayahandanya nik aziz otai kat area ni.

kita tak pasti apa signal perwakilan pas pengkalan chepa terhadap nik abduh.

pengkalan chepa ni kelantan  kawasan totok pas terutamanya untuk legasi seperti nik abduh. kawasan ini  bukan ganu kedah atau perlis apatahlagi selangor yang memungkinkan ada protes pengundi yang tak wala.

rilek bro.. next time cuba lagi. harap perwakilan pas pengkalan chepa tetap nak calonkan nik abduh sebagai ahli parlimen untuk pru 14 nanti

UNDIAN ONLINE BERSIH ALA MAIN SABUN .


bersih macam biasa buat lagi propa.
propa terbaru buat undian online .
fokusnya nak tunjukkan SPR tak telus bersih dan bagai.

beginilah brader.

mohon sebarang psywar,propaganda anda perlu dilihat lebih moden lagi. tolonglah jangan undi lawak slapstik sebegini dijadikan pokok perbahasan anda.. 

propaganda begi jenis orang malas buat kerja.
tak maju, tak de pembahruan dari segi pemikiran ide.

stail ini di takuk lama. macamanalah korang boleh terpikir ide zaman batu begini untuk kajian propaganda ? 

undi online kemudian tunjuk hasil kononnya rakyat sebelahi mereka.

aduh, kajian ala main sabun dalam bilik mandi.

stop main sabun dalam bilik mandi untuk dapatkan ide ok.
kasi malu lah....

Saturday, 18 March 2017

KIT SIANG DEDAH STRATEGI BARU. STRATEGI BN BAGAIMANA ?


kit siang gariskan beberapa lagi strategi baru pembangkang menuju pru 14.

petikan daripada FMT.

1 ) The opposition can win in the next general election without PAS president Abdul Hadi Awang if they can win over the grassroots PAS supporters, says DAP stalwart Lim Kit Siang.
“I think the ordinary PAS members, if they understand the (national) issues will not want to see Malaysia go down the drain.
“We must reach the ordinary PAS members, nevermind Hadi,” Lim said at a teh tarik session with youths here last night.
2) The Gelang Patah MP said the opposition must also win over 3.5 million Umno voters.“Umno president Najib Razak can reach the (Umno) leaders (at the) national, state and divisional (levels), but he can’t reach the 3.5 million Umno members.
“We can reach them if we can explain to them that under Najib’s administration, the goods and services tax and corruption.”
3) Lim said two other goals were winning over voters from Sabah and Sarawak.

WAN AZIZAH KOMEN PASAL RUU 355 DAN KUASA YDPA


dah masuk seminggu sidang dewan rakyat berlangsung.

ekpektasi public adalah mengenai pembentangan RUU 355 oleh pas. ( terkini TPM bagitau BN sendiri akan bentangkan usul ).

dalam siaran luar ( ertikata ditanya wartawan di luar sesi parlimen ) wan azizah bagitau dengan nada ... RUU 355 ni apa ? makna kata apa benda ni, detailnya, isinya .

dalam sebarang sesi pembentangan usul oleh ahli parlimen, sebenarnya ahli parlimen lain boleh mintak mencelah.

mencelah dalam makna mohon diberi laluan untuk menyampuk isu lantas meleretkan isu kepada perkara lain ( ini biasa terjadi ).

sebenarnya peluang ini patut wan azizah gunakan untuk spark/cetus/mulakan pembahasan pendebatan RUU 355 .

makna kata, kacau line, kacau daun. usik kata orang.

cara wan azizah sampaikan diluar dewan ( dipetik pula oleh mkini ) nadanya sinis.

seperti skeptikal terhadap motif besar RUU 355 ini iaitu ( mencegah ).

minggu ini ada 2 orang bukan islam ( india ) telah dihukum gantung kerana tuduhan membunuh.. ( kes beberapa tahun lepas ) .. komen wan azizah.. maqasid syariah lebih baik..pulak .

pada masa sama dia perli RUU 355, pada masa sama dia puji kebaikan maqasid syariah.

azizah patut utarakan isu RUU 355 dalam dewan lah, tak molek pakai mkini.

dalam kenyataan terbaru pembangkang, mereka mendakwa trend pengundi terkini adalah pro oposisi. oklah begitu, sesiapa pun boleh keluar pandangan pelbagai.

jadi wan azizah tak perlulah takut akan berlakukan proses persempadanan semula ni.

tak kisah lah siapa yang YDPA lantik untuk nasihatkan proses persempadanan semula, kalau dah semua pengundi sokong pembangkang sebarang proses persempadanan semula tak beri kesan kan.

sebenarnya kesan persempadanan semula yang layak dilakukan mengikut lunas perlembagaan dan undang-undang telah banyak memenangkan parti yang berlandaskan campuran kaum seperti pkr dll.

( kalau dalam niaga, untung kasi senyap la rugi kasi bising )


Wednesday, 15 March 2017

PROJEK HARTANAH DIJANGKA TERBENGKALAI JIKA CHINA HENTIKAN MODAL.

Pakar ekonomi menjangkakan berlaku lambakan projek hartanah terbengkalai di Johor, Kuala Lumpur dan Pulau Pinang susulan tindakan keras China terhadap pengeluaran modal.
Penganalisis Dr Hoo Ke Ping berkata langkah agresif China terhadap modal akan menjejaskan pemaju hartanah – tempatan dan antarabangsa – yang menyediakan rumah untuk pembeli dari China.
“Warga China yang membeli rumah tetapi belum habis membayarnya mungkin tidak dapat berbuat menyelesaikan bayaran,” katanya, dan menambah bank pusat China mungkin memaksa sesiapa yang membeli rumah di luar China perlu menghabiskan pinjaman.
“Malah jika pembeli China diperlukan membayar 20% daripada projek itu dan mereka tidak dapat terus membayar ansuran dan tunggakan, pemaju akan berdepan masalah aliran tunai.
“Apa yang pasti ialah tidak akan ada jualan baharu. Jadi ada kemungkinan besar projek yang menyediakan rumah untuk warga China akan akhirnya terbengkalai,” katanya.
Hoo berkata walaupun pemaju China seperti Country Garden – yang membangunkan projek besar Forest City di Johor – mencari pembeli luar negara lagi untuk mengisi kelompangan ditinggalkan warga China, ia akan menjadi satu tugas sukar.
“Mereka dari Timur Tengah tidak mungkin akan mengisi kekosongan itu memandangkan harga minyak semasa yang rendah sementara warga Eropah dan Australia tidak menunjukkan minat untuk ke Malaysia secara besar-besaran, selama ini,” katanya.
SAMBUNG

CARA KIT SIANG TUTUP MASALAH DALAMAN DAP , DIVERT ISU KAT SPR.


dap melaka sedang hadapai masalah pemberontakan dalaman negeri.

bukan takat itu, malah banyak cawangan dap bakal mengikut jejak adun dap melaka yang nak lari dari bayangan dap pusat.

selain melaka, kepimpinan dap johor pun ada masalah besar apabila otai lama dap di johor disingkirkan.

di penang, pengikut dap di sana  mahukan kepimpinan ketua menteri mestilah daripada ianya datang dari kepimpinan dap negeri itu sendiri. 

guan eng bukan dari hirarki kepimpinan dap penang.

untuk menutup masalah dan divert isu, kit siang alihkan cerita mengenai kononnya keengganan SPR untuk bertemu..

temu pasal nak bincang daftar pemilih.

dah buntu kot kit siang ni. kit siang dah jadi ahli parlimen berpuluh tahun.

puluh tahun itulah sistem pilihanraya yang dijalankan itu telah memenangkan kit siang dan dap.

sistem yang sama, cuma beberapa perubahan baru yang dijalankan SPR sejak 2009 telah ikut flow semasa.

daftar pemilih ini simple. pergi daftar kat pejabat pos, kemudian nama tersebut akan diwartakan sebagai pengundi setelah pengesahan daripada JPN dan beberapa proses lain berlangsung.

sepertimana makluman terbaru, pengundi yang layak mengundi harus berdaftar segera sebelum hujung mac ini.

dah diumumkan pun sebarannya. konsep ini sama saja pada mana-mana pru mendatang dan yang lepas.

pening sudah eh nak tutup cerita dap.


Monday, 13 March 2017

RUU 355 : BERSATU,AMANAH,PKR SEDIA TIMBANG SOKONG. UMNO BAGAIMANA ?




Parti Peribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) tidak mungkin berdepan dengan masalah dengan rakan Pakatan Harapan sekiranya menyokong pindaan Rang Undang-undang (RUU) Akta Mahkamah Syariah atau RUU355 yang dibawa oleh Pas.


Bukan hanya Bersatu, kata Ketua Armada Bersatu, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata, rakan Pakatan lain seperti Parti Amanah Negara (Amanah) dan PKR juga sedang mempertimbangkan tentang RUU tersebut.

"Rakan dalam Pakatan Harapan seperti Amanah dan PKR pun sedang mempertimbangkan perkara sama (RUU355) sama ada mereka mahu menyokong atau tidak.

“Saya kira buat masa ini mereka juga sedang memperincikan kandungan yang terdapat dalam RUU tersebut," katanya ketika dihubungi Sinar Online.

Sebelum ini, Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dilaporkan berkata Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyokong cadangan RUU355 yang dibawa Datuk Seri Abdul Hadi Awang.


Tuan Ibrahim berkata Muhyiddin dalam suatu mesyuarat bersama Pas menyatakan beliau akan memberikan komitmen sepenuhnya dalam isu yang berbangkit di Dewan Rakyat termasuk isu yang dikenali sebagai RUU 355 itu.