Tuesday, 27 January 2015

KRISIS MIC : NAJIB MESTI PERTAHANKAN PALANIVEL.


krisis MIC sudah masuk fasa yang tidak meyakinkan.

pergeseran 2 kumpulan tidak menemui jalan penyelesaian.

aku melihat setelah sekian lama BN itu gagal dilawan secara luar, maka kaedah sabotaj dalaman perlu dilakukan demi memberikan imej negatif pergeseran dalaman parti komponen BN.

peluang sebegini memang disukai media pembangkang.

portal pembangkang mula mendedahkan ada tangan ghaib cuba melemahkan MIC dari dalam.

siapa ?
orang dalaman BN jugak kah ?
atau agen ?
atau sesiapa ?

namun bila melihat kenyataan sekitaran one sided, jelas palanivel sedang di asak 'kemas'.

malah kecepatan ROS 'melayan' kes MIC ini juga amat mencurigakan.

apa dah jadi dengan DAP wahai ROS ?
bertahun dah berlalu, MIC pula yang 'dilayan' ?

mengapa perlu tidak sabar menghancurkan MIC yang punyai sejarah setiakawan baik kepada BN ?

mengapa perlu di asak presiden palanivel ?

NAJIB HARUS TAMPIL KE DEPAN PERTAHANKAN PRESIDEN MIC.

PALANIVEL ADALAH  PRESIDEN MIC YANG SAH.

No comments:

Post a Comment

KOMEN JANGAN HINA AGAMA DAN PERKARA SENSITIF. AKU TAK TANGGUNGJAWAP KALAU KORANG KENA.