Tuesday, 3 February 2015

BLOG BARU GAP : BILA TNB NAK TURUNKAN TARIF ?



TNB ketika memberikan kewajaran mengapa Kerajaan perlu akur dengan kenaikan tariff elektrik menjadikan kenaikan bahan api sebagai alasan utamanya. Pada ketika itu, tidak pula TNB menyatakan bahawa TNB terlalu bergantung kepada arang batu, sebaliknya minyak dan gas.

Namun penurunan harga minyak dunia dan Malaysia sendiri sudah menurunkan harga untuk penggunanya sebanyak dua kali pada kadar yang besar, TNB masih juga tidak menurunkan tarif elektrik. Cuma beberapa minggu lepas, TNB menyatakan bahawa kenaikan tarif ditahan sementara menunggu harga bahanapi 'kembali stabil'.

Eh, pelik juga alasan yang diberikan. Masa harga minyak mentah dunia naik beratus ringgit setong, tak pula digunakan alasan 'tunggu harga stabil', sebaliknya tarif dinaikkan juga walaupun rakyat menyatakan bantahan.

Sekarang, semua pandangan terarah kpada TNB yang masih mendiamkan diri. Pembekuan kenaikan tarif elektrik TNB telah diumumkan oleh Perdana Menteri pada 20 Januari 2015 dalam intervensi Bajet 2015.

Banyak pihak yang mengeluh tentang 'caj-caj tersembunyi' pada bil domestik TNB. Walaupun cuba berselindung dengan menyatakan TNB memberikan elektrik percuma kepada pengguna di bawah RM20, rasa-rasanya kebanyakan yang mendapat kemudahan tersebut adalah pendatang asing yang lebih banyak bergelap daripada menggunakan lampu serta tidak mempunyai banyak barangan elektrik keperluan isi rumah bagi memudahkan mereka berpindah apabila diserbu.

Berbanding penduduk tempatan terutama di kawasan bandar, bil berharga RM20 merupakan impian yang tidak akan kesampaian, sekalipun yang digunakan di rumah sekadar lampu kalimantang, sebuah peti sejuk dan sebuah mesin basuh.



2 comments:

  1. jom kita senaraikan barangan yang perlu dituntut turunkan harga:

    pertama - tariff elektrik TNB...

    kedua - surcaj 30% tambang bas ekspress...

    ketiga - harga gula tanpa subsidi kepada rakyat...

    keempat - sila sambung kawan-kawan...

    ReplyDelete
  2. Kalau beli arang batu mcm beli gula batu kat kedai bole la turun harga ikut suka... ni beli guna contract tahunan... kalau harga masa sign contract tgh tinggi, kena re-nego semula jika harga dh rendah... yang kedua, kenapa tak minta kerajaan yg turunkan tariff kerana yang umumkan kenaikan tariff dulu kerajaan juga...

    ReplyDelete

KOMEN JANGAN HINA AGAMA DAN PERKARA SENSITIF. AKU TAK TANGGUNGJAWAP KALAU KORANG KENA.