Tuesday, 24 February 2015

BLOG BARU GAP : PROGRAM PASMA TERUK DIBOIKOT ! MAKIN PARAH DAH NI...



Dewan Muslimat PAS hari ini mengadakan Ijtimak Pilihanraya Dewan Muslimat PAS Pusat yang turut menampilkan tetamu Dato Husam Musa dan Dr Hatta Ramli sebagai Naib Presiden dan Pengarah Pilihanraya PAS Pusat.



Dalam Ucapan mengalukan kehadiran peserta, Dr Mariah Mahmud, Timbalan Ketua Muslimat PAS Pusat berang serta mendakwa ada beberapa negeri telah bertindak memboikot program tersebut.

"Ada Negeri yang tidak hadir pada hari ini. Kurang sambutan daripada beberapa buah negeri. Mungkin negeri mereka sudah hebat. Ada beberapa buah negeri memboikot," tegas Dr Mariah dalam ucapannya dengan nada berunsur emosi yang meluahkan kekecewaan beliau dengan tahap kehadiran peserta .

Turut berucap dalam masa yang sama ialah saudari Aiman Athirah Al Jundi yang turut membawa nada kesedihan dengan apa yang berlaku mutaakhir ini. 

1 comment:

KOMEN JANGAN HINA AGAMA DAN PERKARA SENSITIF. AKU TAK TANGGUNGJAWAP KALAU KORANG KENA.