Monday, 2 March 2015

20 TAHUN LE TOUR DE LANGKAWI. HASILNYA APA ?


LTDL 2015 yang bakal berlangsung 8 mac ini bakal masuk 20 tahun penganjurannya.

dulu public tak endah mengenai sukan.

jika sekitar tahun 80 an, sukan popular di malaysia sekadar berlegar pada game bolasepak, hoki dan badminton.

ini kerana ada ikon yang dilahirkan untuk sukan ini. 

ikon ini pula adalah ikon tempatan, anak muda yang mungkin berasal dari kampung.

20 tahun penganjuran LTDL , siapa ikon nya ?
masih lagi mengimpot player kah ?

anuar manan adalah antara produk terbaik LTDL.

anak kampung berasal dari trengganu ini berada dalam kelas terbaiknya hingga pernah menjadi player untuk beberapa team luar negara.

LTDL yang dah masuk 20 tahun penganjuran sebenarnya sudah menganjakkan halanya daripada satu pesta sukan lumba basikal kepada industri yang mampu membawa pulangan ekonomi untuk negara.

ekonomi dalam industri sukan semakin menjadi perhatian.

LTDL sama konsepnya dengan perlumbaan F1 dan penganjuran WORLD CUP BRAZIL.

puluhan negara membida hak penganjuran sukan kerana tahu ianya bakal menjana pulangan ekonomi jangka masa panjang.

hasil iklan penaja, siaran langsung kepada puluhan negara indirectly mempromosi kan negara dalam pulangan ekonomi industri sukan.

LTDL akan berlangsung 8 mac ini.



1 comment:

  1. Demi kemajuan sukan tempatan, antara faktor peningkatan perkembangan nya adalah publisiti serta 'mental image' dikalangan remaja tarhadap sesuatu sukan. Sukan lumbabasikal telah memperolehi ganjaran yang tidak terhingga sejak munculnya LTDL. Mutu prestasi sukan basikal bagi pelumba tempatan telah melonjak dengan ketara sehingga di bahagian trek mampu bersaing dan menang di peringkat antarabangsa. Kesan di bahagian lebuhraya (road race) tidak begitu kemajuan mungkin disebabkan faktor cuaca yang menghadkan 'training intensity' kerana maklum diketahui cuaca sederhana di negara seperti Eropah, Australia dan U.S. membolehkan latihan ini dijalankan. Sekiranya pasukan lebuhraya diberi peluang untuk menjalani latihan sistematik dan berjanka panjang, tidak mustahil pelumba tempatan mampu bersaing di peringkat antarabangsa.

    ReplyDelete

KOMEN JANGAN HINA AGAMA DAN PERKARA SENSITIF. AKU TAK TANGGUNGJAWAP KALAU KORANG KENA.