Monday, 2 March 2015

BLOG BARU GAP :MAKIN HANCUR ! 17 DALIL TENDANG HJ HADI DARI KERUSI PRESIDEN PAS.



disebarkan oleh pasma kelantan  

1. Tuan Guru Mursyidul Am sokong DS Anwar dalam isu 16 September tetapi Haji Hadi tidak setuju, berlaku perbalahan antara Tuan Guru Mursyidul Am dengan Haji Hadi, mengapa Haji Hadi tidak wala’ kepada Tuan Guru Mursyidul Am?. Surat terbuka Tuan Guru Mursyidul Am kepada Harakah yang menyokong 16 September tidak disiarkan oleh Harakah, arahan daripada Siapa?. Haji Hadi atau Mustafa Ali?.
2. Haji Hadi hendak PAS Perak bentuk kerajaan dengan UMNO di Perak selepas PRU-12 tahun 2008.
3. Haji Hadi adakan rundingan dengan Pak Lah untuk bentuk kerajaan UG.
4. Isu PM, dalam mesyuarat PR PAS setuju DS Anwar jadi PM tetapi dalam mesyuarat PAS Pusat Mac 2013 tolak DS Anwar jadi PM dan hantar wakil memujuk Kuli untuk jadi PM.
5. Bertembung di dun Kota Damansara dan tiga dun di Terengganu PRU-13 (dalam mesyuarat PR telah dipersetujui PKR bertanding, tetapi hari penamaan calon Haji Hadi bagi watikah khas kepada calon PAS).
6. Haji Hadi gagal selesaikan masalah PAS Kedah sehingga PAS tumbang di Kedah dalam PRU-13 walau pun telah ada usul daripada dewan ulamak PAS Kedah supaya tukar MB sebelum PRU-13.
7. Isu MB Selangor dalam mesyuarat 17 Ogos sudah setuju Wan Azizah dan Azmin sebagai calon MB dan telah bersetuju tidak menuntut MB Selangor, tetapi selepas itu Haji Hadi hendak PAS jadi MB Selangor. Dr.M kata BN tidak pernah hantar nama lebih daripada seorang samada calon MB atau PM sewaktu zamannya dan kaedah itu kekal hingga sekarang. Apa yang Haji Hadi hendak di Selangor?. (Haji Hadi hantar tiga nama yang tiga2 itu adun PAS, tetapi dalam ucapan penggulungan cakap PAS tak kemaruk nak jadi MB Selangor, cakap lain dan tindakan lain).
8. Dalam mesyuarat PR, PAS hendak kekal dalam PR dan dalam muktamar PAS juga telah dipersetujui perkukuhkan PR, tetapi dalam mesyuarat JK PAS Pusat 25 Ogos Haji Hadi hendak bersama umno (rujuk mesyuarat 25 Ogos14).
9. Mesyuarat Majlis Syuro Ulamak selepas 25 Ogos tidak cukup korum dan notis jemputan mesyuarat juga tidak cukup 14 hari, Haji Hadi bercakap mengenai perlembagaan PAS tetapi Haji Hadi sendiri pijak Perlembagaan PAS.
10. Haji Hadi tak bersetuju dengan cadangan supaya Y.B. Dr Syed Azman dipilih sebagai MB Terengganu ketika krisis MB di Terengganu (seolah-olah Haji Hadi mahu umno/BN kekal memerintah Terengganu).
11. Pilihanraya semula di Perak selepas rampasan kuasa oleh umno/BN tidak dipersetujui oleh Haji Hadi dengan alasan takut DAP akan jadi MB (nampak sangat fikrah Haji Hadi dah sama dengan fikrah umno).
12. Malam PRK Parlimen Bukit Gantang 2009 dalam mesyuarat Lajnah politik PAS Pusat di Markaz Tarbiyah PAS Perak Air Kuning,Taiping Haji Hadi membangkitkan bahawa Najib Tun Razak ada hubunginya membincangkan kerajaan perpaduan, tetapi Almarhum Tuan Guru Harun Taib telah membantah usul tersebut dan mohon presiden fokus kepada PRK Bukit Gantang.
13. Berita Awani 13.2.2015 perbualan melalui telefon dengan Nasharudin Mat Isa, Nasharudin mengesahkan telah ada perbincangan mengenai kerajaan perpaduan dengan umno oleh Majlis Syuro PAS Pusat sejak 2008 lagi, tetapi tanpa pengetahuan Tuan Guru Nik Aziz.
14. Sebelum PRU-13 telah dibuat perjanjian bertulis ditandatangani oleh Haji Hadi selaku presiden PAS dan Ustaz Azizan Razak, Ustaz Azizan tidak akan dicalunkan bertanding PRU-13, tetapi Haji Hadi langgar perjanjian yang dia sendiri ada tandatangan.
15. Haji Hadi sokong persempadanan kawasan pilihanraya yang akan memberikan kemenangan kepada umno/BN.
16. Pendaftaran PR gagal kerana Haji Hadi seolah-olah tidak mahu PR didaftarkan.

17. Haji Hadi arahkan Mat Yaakub angkat sumpah jadi MB Kelantan walau pun Tuan Guru Nik Aziz belum buat apa2 keputusan (angkat sumpah pun secara tergesa-gesa).

SUMBER AIDC

10 comments:

  1. Golongan Anwarinas dalam PAS sebenarnya lebih ramai dari puak pro ulama . Mereka buat gerakan belakang tabir jadi orang ingat puak Anwarinas ni tak ramai . Aku tak terkejut kalau mereka ni berjaya tendang keluar Hadi Awang .

    ReplyDelete
  2. Ulamak dan golongan Pro Ulama akan menang . Sekali pun atas kertas mereka kelihatan lemah untuk berhadapan pemimpin2 liberal PAS yang kelihatan jauh lebih bijak , muda , sihat dan berpendidikan tinggi . Lebih2 lagi hulubalang PAS yang pro ulama seperti Dato Hasan Ali dan Ustaz Nasa telah awal2 lagi disembelih.

    Namun begitu , ulama dan golongan pro ulama adalah mereka yang kuat taqarrubnya pada Allah dan sentiasa meminta perlindungan Allah . Berbanding PASMA dan golongan liberaL pas , pergantungan mereka termasuk sokongan moral dan kewangan adalah pada DAP dan PKR . Mereka bergantung pada dahan yang rapuh . Mereka bergantung kepada makhluk yang lemah yang sampai masa akan sakit , mati , gila dan sebagainya . Tetapi Ulama bergantung pada Allah yang HAYYU LA YAMUT .....

    Ulama akan menang ...InsyaAllah
    TAKBIR ...............ALLAHUAKBAR !!!!!!!!!!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. nak tanya sikit boleh? siapa yang mengimamkan solat hajat k.o umno k.o umno dan doa pecah perut najib kes royalti minyak. kalau tak silap ianya golongan ulama. rasanya atas sebab inilah ulama-ulama dalam pas sekarang sedang meniti jalan kehancuran sebab tersalah bawa perjuangan yang kononnya islamik, tetapi jauh menyimpang.

      Delete
  3. cuba refer balik perlembagaan pas. yang mana lebih utama, presiden pas atau mursyidul pas. ini akan merungkai banyak permasalahan.

    ReplyDelete
  4. ALHAMDULILLAH
    Jika itulah dalilnya , itu bermakna TGHH mesti dipertahankan .
    Dalil itu membuktikan TGHH telah nampak dan telah baca bahaya besar yang akan menimpa Umat Islam dan Rakyat Malaysia sekiranya PR memerintah negara .

    Ayuh , jatuhkan golongan liberal dalam PAS dalam muktamar yang akan datang .

    Pertahankan ISLAM dan kekuatan UMMAH .

    Individu tidak penting , tetapi ISLAM wajib dipertahankan .

    ReplyDelete
  5. Melihat daripada dalil diatas membuat aku mula menghormati dan Sayang kepada Hadi awang walaupun sebelum ini aku anggap dia Dan Nik Aziz sama sahaja pemecah belah umat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dulu Hadi Awang anti UMNO tapi setelah dia berumur dan bertambah matang , mungkin dia berubah pendirian .

      Delete
  6. Point 17.
    Kalau n.ajis terus jadi mb selepas pru 13 pun tak guna jugak. Dia pun dah. k o.

    ReplyDelete
  7. Terlihat ada taman dalam hati TGHH, yang mulia demi perjuangan dan untuk mengekalkan kuasa politik orang melayu, ini tidak nampak dengan mata kasar.

    ReplyDelete
  8. Bila tidak berpihak pada Hadi mula segelintir pihak mengatakan dalam PAS ada gologan liberal dan Anwarisma.Hadi tidak maksum.Hadi sendri tidak wala pada arwah TGNA.Menunjuk jantan bila mata TGNA sudah tertutup rapat,DSAI di campak ke dalam.

    Kenapa masa ada kedua pemimpin ini tidak berani bertindak secara berdepan?Bukan Hadi saja ada amanat keramat.Ingat balik apa arwah TGNA dan Ustz.Fadhil katakan pada golongan menyokong UG ini.

    ReplyDelete

KOMEN JANGAN HINA AGAMA DAN PERKARA SENSITIF. AKU TAK TANGGUNGJAWAP KALAU KORANG KENA.