Friday, 31 July 2015

AKHIRNYA... PRESIDEN PAS SUDAH PANAS HATI DENGAN GERAKAN KATAK BARU.



Telah terdapat laporan dari aktiviti kumpulan Gerakan Harapan Baru (GHB) yang bersifat negatif terhadap Parti Islam Se-Malaysia (PAS) dan PAS Pusat sedang menunggu laporan dari negeri-negeri berkaitan aktiviti kumpulan terbabit sebelum dibawa ke Jawatankuasa Disiplin parti.

Oleh itu, Presiden PAS Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang memberi amaran kepada semua pemimpin PAS termasuk Ahli-ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) agar tidak terlibat dengan penganjuran aktiviti Gerakan Harapan Baru (GHB).

“Kita (PAS) telah membuat kenyataan bahawa semua Ahli-ahli Parlimen PAS, pimpinan PAS tidak menyertai program (GHB) ini. Ini di luar dari PAS dan dianggap tindakan yang negatif terhadap PAS.

“Kita (PAS) memberi ‘amaran’ supaya mereka tidak menghadiri majlis-majlis ini. Dalam masa yang sama kita juga sedang menunggu laporan dari negeri-negeri.

“Ini kerana, negeri-negeri akan membuat laporan masing-masing tentang tingkah laku wakil rakyat kita (PAS) atau pimpinan parti yang akan kita bawa kepada Jawatankuasa Disiplin PAS,” tegasnya.

Beliau berkata demikian pada satu sidang media selepas merasmikan Ihtifal Ma’ahad Tahfiz Wal-Tarbiyyah Darul Iman dengan kerjasama Kumpulan Ma’ahad Tahfiz Tarbiyyah Malaysia (KMTT), di Kampung Tok Jiring, di sini.

Ketika ditanya, apakah bentuk ‘amaran’ yang bakal dikenakan kepada mana-mana pimpinan parti dan wakil rakyat PAS yang melanggar arahan itu, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi berkata banyak cara boleh dikenakan disiplin.

Katanya, tindakan disiplin parti boleh dikenakan kepada ahli dengan nasihat dan amaran termasuk dipecat keahlian PAS.

“Nanti ada (ahli) yang langgar dulu. Disiplin ini ada pelbagai perkara (cara) dan disiplin ini bukan semestinya pecat terus. Disiplin ini bermula dengan minta surat tunjuk sebab, beri nasihat, gantung (keahlian) dan dipecat, atau dibiarkan “kering” begitu sahaja,” jelasnya.

Menurutnya, PAS bukan sebuah parti yang berebut kuasa tetapi PAS adalah sebuah parti yang mahu menunaikan amanah Islam.-buletinonline.net 

3 comments:

  1. Ini sorang lagi labai Malang. Lepas Nik Ajis tak ada, orang dok "pusing, tarik, londeh" serban dia macam ayam berak kapor. Kalau Hassan Ali/NASA, tak sempat "bukak kain/sereban" dah kena "penampau" kat muka dia orang. Inilah akibat tidor sekandang dgn DAPig & penyondol buntut!

    ReplyDelete
  2. Ini sorang lagi labai Malang. Lepas Nik Ajis tak ada, orang dok "pusing, tarik, londeh" serban dia macam ayam berak kapor. Kalau Hassan Ali/NASA, tak sempat "bukak kain/sereban" dah kena "penampau" kat muka dia orang. Inilah akibat tidor sekandang dgn DAPig & penyondol buntut!

    ReplyDelete
  3. Yang join GHB..semuanya pegang amanat Hadi.
    Bagi GHB, berbaik dengan parti Melayu UMNO adalah sesuatu yang menjijikkan. Walaupun dianjingkan oleh DAP dalam PR..mereka sanggup.

    ReplyDelete

KOMEN JANGAN HINA AGAMA DAN PERKARA SENSITIF. AKU TAK TANGGUNGJAWAP KALAU KORANG KENA.