Friday, 24 July 2015

HARAKAHDAILY DAH MULA TIBAI GHB... JAWAP GHB JAWAP !



BAGI seorang Islam, sumber perundangan dan tindakannya mesti berlandaskan al-Quran, as-Sunnah, ijmak dan Qias serta sumber lain untuk menerima atau menolak sesuatu, apatah lagi kalau ia melibatkan isu ummah.


Saya kemukakan 10 hujah untuk menolak Gerakan Harapan Baru:

1. Kewujudannnya ke arah merealisasikan tertubuhnya satu lagi parti Islam di Malaysia bercanggah dengan tuntutan alQuran yang menyebut: “Hendaklah kamu berpegang dengan tali Allah dan jangan berpecah-belah”. Penubuhan parti Islam baru mengundang perpecahan undi umat Islam. Ayat al-Quran lain juga banyak memperihalkan perkara ini.

2. Ia bercanggah dengan banyak hadith Nabi yang menyebut tentang kepimpinan umat Islam yang mesti disatukan.

3. Ia bercanggah dengan kaedah Usul fiqh 'Tiada kemudaratan dan tiada memberi mudarat' Kewujudannya sedikit sebanyak boleh memudaratkan kesatuan umat dengan satu suara.

4. Ia bercanggah dengan Sirah Nabi yang mengumpulkan umat Islam di bawah kepimpinan Nabi SAW seorang sahaja.

5. Ia bercanggah dengan Perlembagaan PAS sedangkan ahli GHB mengakui mereka masih ahli PAS sehingga parti baharu ditubuhkan. [Rujuk Fasal 13 (3) (a) ]

6. Ia bercanggah dengan kenyataan pengerusi GHB, Muhammad bin Sabu yang pernah melarang ahli PAS menubuhkan parti baharu jika tidak setuju dengan kepimpinan PAS. Rujuk ucapan mereka yang lepas. ( http://www.astroawani.com/…/biarpun-berbeza-pendapat-tetapi… )

7. Ia bercanggah dengan baiah yg telah mereka lafazkan ketika menjadi calon PRU.

8. Sekiranya mereka berkata perjuangan GHB menyambung hasrat perjuangan Tok Guru Nik Aziz dan Ust Fadhil Nor, maka ia suatu pembohongan terhadap mereka yg sudah meninggal dunia. Tok Guru Abdul Hadi ialah org paling dekat dengan kedua-dua tokoh pemimpin PAS yang meninggal ketika memimpin PAS.

9. Sekiranya mereka menganggap baiah, taat, wala, thiqah adalah istilah yang mengarut, maka ternyata sia-sialah tarbiah, usrah dan ilmu yg mereka dapati sebelum ini.

10. PAS Pusat sebenarnya sudah bertolak-ansur dengan GHB. Jawatan pernah ditawar walaupun kalah tetapi ditolak. Tindakan belum diambil walaupun GHB sangat galak membuat provokasi.

Selepas percanggahan dengan nas Quran, Hadis, kaedah fiqh dan ucapan pemimpin GHB sendiri, masih adakah lagi kebaikannya? - HARAKAHDAILY

3 comments:

  1. Masalahnya orang PAS terlalu taksub dengan mulut manis Anwar. UMNO dah buang orang ini. Walaupun PAS menganggap UMNO itu kafir.

    Yang mengkafirkan UMNO itu datang dari mulut orang-orang PAS yang cetek ilmu dan iman dalam PAS. Orang-orang ini telah meniup kebencian kedalam jiwa para ulama dalam PAS sehingga terhasut dengan fitnah mereka.

    Ini tidak menghairankan kerana iblis itu adalah lebih bijak dari Hadi Awang kerana dia lebih mengenali Allah swt, pernah bergaul dengan para malaikat inikan pula manusia cuma dia adalah makhluk yang derhaka kepada Allah swt.

    Allah swt telah menurunkan bala kepada PAS kerana satu stadium mengdoakan kehancuran UMNO. Namun hakikatnya bukan UMNO itu bersalah tetapi segelitir ahli dalam UMNO itu yang tamak BEGITU juga dalam PAS mereka yang tamak telah dengan sendirinya menonjolkan watak sebenar.

    Angkara ini bermula dengan ketamakkan dan kerakusan Anwar dan diikuti oleh golongan yang tamak dalam PAS. Perancang paling hebat adalah Kit Siang dan Guang Eng.

    Cukuplah!

    ReplyDelete
  2. Paslah.... Parti yg pecahbelahkan org islam dimalaysia..... Kena batang idung sendiri mulalah keluar nas itu nas ini hadis Dan fiqh.... Merepek

    ReplyDelete
  3. Haloo pas jngn perasanlah ikut Alquran 100%....jika ikut alquran nape perangi ahli pas mcm beruk yg xde aqidah?bila org umno buat semua x betul,jika Dapig buat semua baguss...Pas mengarut ckap x serupa bikin...

    Sejarah islam slps nabi kita wasiat semua hebat2 belaka seperti khalifah uthmaniah.....Di m'sia Pas ngaku kerajaan islam tapi lemah,miskin,papa kedana,kurang cerdik inikah kerajaan islam yg Pas duk bangga????

    Malulah skit nk kata Pas ikut alquran...bila ada ceramah ramai yg dtg kununnya dpt hidayah allah Tapi hbs ceramah Sampah bersepah sepah adakah ini pun ikut alquran???
    Malu oiiii!

    ReplyDelete

KOMEN JANGAN HINA AGAMA DAN PERKARA SENSITIF. AKU TAK TANGGUNGJAWAP KALAU KORANG KENA.