Wednesday, 29 July 2015

PKR JOHOR UMUM AMBIL KERUSI PAS JOHOR !



Parti Keadilan Rakyat (PKR) Johor mengumumkan akan bertanding sekurang-kurangnya lapan lagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) tambahan pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) berbanding PRU13 berikutan status Pakatan Rakyat yang telah berkubur.


Pengerusi PKR Johor, Hassan Karim berkata, antara tiga kerusi DUN yang dikenal pasti adalah DUN Gambir (Ledang), DUN Puteri Wangsa (Tebrau) dan DUN Permas (Pasir Gudang) yang sebelum ini ditandingi calon PAS atas tiket Pakatan Rakyat.

“PKR Johor mengambil maklum bahawa Pakatan Rakyat tidak lagi wujud. Berdasarkan kekuatan jentera serta maklum balas akar umbi dan rakyat tempatan, PKR juga memutuskan untuk bertanding sekurang-kurangnya lapan lagi kerusi DUN tambahan.

“Setakat ini tiga kerusi DUN yang telah dikenal pasti adalah DUN Gambir, Puteri Wangsa dan Permas,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Hassan berkata, perkara itu telah dimaklumkan kepada Pengarah Jabatan Pilihanraya Pusat PKR, Datuk Saifuddin Nasution dan Pengarah Strategi PKR, Sim Tze Tzin yang akan memajukan resolusi PKR Johor itu kepada pimpinan PKR Pusat.

Justeru, katanya, PKR Johor mengarahkan semua cabang parti itu di negeri tersebut untuk memperkemaskan gerak kerja masing-masing dan terus memperbanyakkan aktiviti-aktiviti mesra rakyat.

Pada PRU13, kerusi DUN Gambir ditandingi oleh calon PAS, Datuk Mahfodz Mohamed yang kini Ketua Dewan Ulama PAS Pusat, DUN Puteri Wangsa (Abdullah Husin) dan DUN Permas (Syed Othman Abdullah).

2 comments:

  1. Kalau dulu aku sokong PKR n DAP ...skarang bleh blahhh

    ReplyDelete

KOMEN JANGAN HINA AGAMA DAN PERKARA SENSITIF. AKU TAK TANGGUNGJAWAP KALAU KORANG KENA.