Tuesday, 4 August 2015

DANA RM2.6 BILLION : KENYATAAN RASMI SPRM.



HASIL SIASATAN BERKAITAN DANA RM2.6 BILION


Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ingin memaklumkan bahawa semasa Pasukan Petugas Khas ditubuhkan, siasatan SPRM hanya memfokus ke atas isu berkaitan dengan SRC International dan kemasukan dana sebanyak RM2.6 bilion ke dalam akaun YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak manakala Polis Diraja Malaysia pula menjalankan siasatan berkaitan dengan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan Bank Negara Malaysia pula menjalankan siasatan berkaitan dengan kaedah dan tatacara kewangan.

Laporan hasil siasatan berkaitan dana RM2.6 bilion telah dirujuk dan dimaklumkan kepada Peguam Negara. Hasil siasatan mendapati dana sebanyak RM2.6 bilion yang didakwa dimasukkan ke dalam akaun milik YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak adalah sumbangan penderma, dan bukannya dari dana 1MDB.

Walau bagaimanapun, siasatan berkenaan isu SRC International yang melibatkan dana RM4 bilion masih berjalan oleh SPRM.

SPRM sekali memberi jaminan siasatan akan dijalankan dengan bebas, telus dan profesional. Diharap semua pihak akan bersabar dan memberi ruang kepada SPRM dalam menjalankan siasatan dengan menyeluruh.

Mengenai siasatan polis ke atas pegawai-pegawai SPRM, SPRM akan memberi kerjasama sepenuhnya.

SPRM mengulangi bahawa tiada pegawai SPRM yang terlibat dalam konspirasi mahu menjatuhkan Kerajaan. Tindakan yang diambil oleh SPRM adalah jelas semata-mata bagi menjalankan tugas dan fungsinya sebagai sebuah Suruhanjaya yang bebas.

Tanggungjawab SPRM adalah menjalankan siasatan berhubung kes-kes rasuah dan bukannya bertujuan untuk menjatuhkan mana-mana pihak termasuk Kerajaan.
Sebagai Suruhanjaya yang bebas, SPRM bertanggungjawab menjalankan siasatan dengan bebas, telus dan profesional tanpa fear or favour dan tanpa mengira siapa yang terlibat. SPRM tidak akan membiarkan mana-mana pihak untuk mempengaruhi atau campur tangan dalam siasatan yang dijalankan.

SPRM menyeru orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi sehingga siasatan mengenai perkara ini selesai.



SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA
PUTRAJAYA
3 OGOS 2015

13 comments:

  1. Sudahlah ko GAP. Tang Dia Derma Orang Lain Rasuah.... Apa ni?

    Haak Tuihhhhh!!!

    ReplyDelete
  2. GAP,
    Aku tak rasa kau ni GAP yg dulu.
    Aku jgk wasangka akan blog lama kau dulu bukan kena hack atau spam atau di rosakkan.
    Aku amat wasangka blog baru kau ni sebenarnya di buat sebab kau dah berpecah dgn partner blogger kau..jadi kau buat GAP NEW..mungkin kau di bayar oleh Najib..ntah..

    Aku tgk sejak blog baru kau ni..kau dah jauh terpesong drp matlamat blogging kau..
    Kau pernah cakap kau akan tegur kerajaan kalau ada silap..contohnya mcm zaman Pak Lah..

    Tapi kau dah lain la bro..

    Najib gelabah bila WSJ mendedahkan dana RM2.6B dan TSMY juga dlm video viral juga mendedahkan perkara yg sama di mana dana tersebut dtgnya drp Timur Tengah.

    Persoalan sekarang..kenapa Najib dan pahlawannya menangkis..menepis..dan menggelarkan sesiapa yg bercakap mengenai penerimaan dana itu sebagai fitnah? Fitnah di bulan ramadhan pulak..

    Najib pula dgn di bantu oleh media sosial dan arus perdana..telah memperdanakan dan mensensasikan berita bahawa Najib akan saman WSJ..

    Bila nak saman?

    Sekarang SPRM sudah mengesahkan dana tersebut. Jadi..bolehkah Najib sebagai PM menerima dana sebanyak itu? Rm2.67B bro..bukan sikit..adakah itu bukan rasuah?

    GAP..kalau kau betul di landasan dan matlamat awal kau 2008 nak membenteras penyelewengan dan mcm mcm lagi..bila kena pada Najib kau senyap..

    Sudah la kau GAP

    ReplyDelete
  3. Seolah2 sekarang ini bukan kebenaran yg di cari... tetapi matlamat akhir ialah pm letak jawatan. Apa juga penjelasan yg diberi hanya akan dipertikaikan dari sudut lain pula.
    Banyak kemungkinan sikap berdiam diri pm atas sebab2 tertentu.
    Peranan the edge dan sekutunya utk memcahbelahkan kita nampak cerah. Tanpa disedari kita terperangkap dan kita tidak berfikir apa benar22 mereka bersubahat untuk ketelusan atau utk menjatuhkan bangsa kita?
    Letih mengikuti perkembangan 1mdb
    .. tiada penghujung utk damai dan kerjasama. ...bagi menyatukan bangsa dan agama.
    Keutamaan berdamai dan bersatu terpinggir dan semoga semua ini bukan tipudaya musuh2 bangsa agama dan negara.
    Secara peribadi saya melihat isu ini tiada kesudahan...sehinggalah bangsa berpecah dan sehingga musuh bangsa dan agama yg berkuasa dan...mungkin di situlah titik permulaan utk kita bersatu semula.

    Mohonlah doa supaya Allah satukan kita rakyat Malaysia khususnya umat islam. Kita perlu mengingatkan diri kita sesungguhnya Allah Maha Mengetahui... berdoa tanpa kita memihak sesiapa...kerana Allah yang Maha Mengetahui

    ReplyDelete
  4. memang tak baca buku ler kot..kenyataan yang dikeluarkan ini tak menepati kehendak undang-undang dimana istilah suapan adalah apa-apa jua derma...hmmmmm

    ReplyDelete
  5. anon 02.31...

    political fund ni mmg di praktiskan dimana-mana di dunia... tapi since ini acc UMNO semua orang jump ship dan kata ini rasuah. soalan pertama, kenapa DAP, PKR menolak ketika Najib cadangkan acc party dan penderma utk pilihan raya didedahkan?

    ReplyDelete
  6. Sumbangan penderma masok akaun peribadi!!!!

    Sudah la AhJibNgok!!!

    ReplyDelete
  7. Derma sampai 2.6 Billion?? Masuka akaun peribadi pulak tu!!

    Patut la Mat Sabun Lim Kit Sial Anwar Pendubur tegar nak jadi perdana Menteri!!!

    Aku pon nak jadi PM jugak korang support aku nanti aku share $$$$ tu..

    Itu pon kalau aku nak share kalau tak sesiapa cakap banyak aku tendang korang!!

    ReplyDelete
  8. khamar, tuak, arak, minuman keras, kasbeg, taige, air peraman anggur. hati2 dgn minuman ni... minuman ni haram...

    ReplyDelete
  9. Adakah wajar sebagai seorang individu menerima dana dari penderma RM2.6 billion masuk dalam akaun peribadi? Kalau aku menggeletar nak menerima sebanyak itu.
    Gentar sekali kalau aku dituduh menerima rasuah.

    ReplyDelete
  10. Cuba cek akaun mahathir anak beranak........................ Dia lg popular dari najib! Agaknya lagi berbillion billion org derma dlm akaun dia.. Mana tahu?
    Cuba cek akaun mahathir anak beranak........................ Dia lg popular dari najib! Agaknya lagi berbillion billion org derma dlm akaun dia.. Mana tahu?


    Sbb tu tetiba je mahathir terasa pedas lalu mgelabah bila najib ada ckp semua parti politik
    Wajib isytihar dana politik iaitu derma! Najib ckp utk parti politik wajib isytihar derma tetiba pulak si mahatir puji dia sndri, menilaikn diri dia sndri makhluk yg paling bersih,telus,amanah semasa dia jd pm... Mcm ade yg tak kena aje dgn si mahatir nie... Org klu bagus takkan puji dia sndri bagus, amanah, bersih... Itu penilaian si mahatir utk diri dia sdri memuji diri diri sndri mengatakan diri dia sndri dan mengesahkan diri dia sdri manusia yg paling bersih, telus, amanah... sdgkn najib disahkan oleh sprm bersih dari merompak dana 1mdb..

    Mmg melawakkan bulu ketiak la manusia yg memngampu diri dia sndri nie...

    ReplyDelete
  11. Najib sudahpun mengotakan janjinya utk mengisytiharkan dana dlm akaunnya........... Maknanya disini dia BERANI BERKATA BENAR...tidak takut.. Dia bertanggungjawab dan tidak ada apa apa utk disembunyikan sbb itu dia berani buat... Iaitu mengisytiharkan dana dlm akaunnya... Tetapi mana dia mahathir anak beranak dan puak puak pembangkang bila lagi nk serahkan akaun akaun mereka semua kpd sprm utk di siasat... Ckp pakai mulut je mengampu diri sndri bersih,amanah,telus boleh la...... Blah laaa


    Aku nmpk keikhlasan najib sbb berani serah akaun kpd sprm utk disisat sbb najib tahu utk apa dia nk takut klu dia benar... Dana 2.4 billion tu cuma dlm akaunnya tetapi korang semua ada nmpk ke dia tak amanah dgn memgambil duit tu? Ade nampak ke ade nampak? Klu tak nmpk kau buat tuduhan pada najib seseolah dia tak amanah itu dah kira memfitnah.......


    Aku cabar mahathir anak beranak dan puak puak pembangkang isytihar pulak akaun akaun mereka pd sprm.. Ade berani? Jgn tahu ckp ckp je.... Tapi buat pengencut

    ReplyDelete
  12. Kau dah pastikn ke 2.4 billion tu rasuah? Kau ade nmpk ke org yg bg derma duit tu dah dapat segala manfaatnya mcm apa yg kau buat tuduhan melulu tu?klu ade siapa dia orgnya? Projek apa dia dpt?klu ini kau tak boleh tunjukkan kau cuma seorg kaki yg sukabuat fitnah

    ReplyDelete
  13. Kenapa sprm berat sebelah hnya cek akaun najib je.... Cek lah sekali akaun mahathir anak beranak.. Akaun puak pembangkang.... Manatahu bnyk RM RM RM RM ££££££££ $$$$$...

    ReplyDelete

KOMEN JANGAN HINA AGAMA DAN PERKARA SENSITIF. AKU TAK TANGGUNGJAWAP KALAU KORANG KENA.