Monday, 24 August 2015

DAP KERJAKAN PAS KAW KAW : PAS GELANG PATAH LUMPUH !


Seramai 91 ahli jawatankuasa yang memegang pelbagai jawatan dalam Pas Kawasan Gelang Patah meletak jawatan masing-masing berkuatkuasa hari ini bagi menyertai parti baru yang bakal dilancar 31 Ogos ini. 

Seramai 16 daripada 32 AJK Pas kawasan berkenaan menghantar surat peletakan jawatan mereka termasuk Yang Dipertua Pas Kawasan Gelang Patah, Dzulkefly Ahmad, Naib YDP Kawasan, Isnin Hassan dan Setiausaha, Musa Abdul Wahab.

Manakala seramai 17 daripada 22 AJK Dewan Pemuda kawasan turut meletak jawatan termasuk Ketua Pemuda, Mohd Azam Mektar dan tujuh daripada 15 AJK Dewan Muslimat kawasan turut mengambil langkah sama termasuk Naib Ketuanya, Khadijah Abdul Ghani.

Selain itu 51 ajk daripada sembilan cawangan pas kawasan berkenaan turut meletak jawatan termasuk empat ketua cawangan.

Dzulkefly Ahmad yang juga Timbalan Pengerusi Harapan Baharu Johor berkata, mereka masih kekal sebagai ahli Pas sehingga parti baru ditubuhkan pada 31 Ogos ini dan tujuan perletakan jawatan itu bagi memastikan penyerahan kuasa kepada ajk baru berjalan dengan baik.

Katanya, lebih ramai AJK Pas dari kawasan lain di negeri ini dijangka mengambil tindakan sama bagi menyertai parti baru berkenaan dan memberi fokus memperjuangkan hak rakyat menggunakan pendekatan berbeza dan menepati syariat Islam. -SH 

4 comments:

  1. SALAM BRO,WALAUPUN AKU BUKAN AHLI PAS,AKU SIMPATI DENGAN AHLI-AHLI PAS YANG MENINGGALKAN PARTI MEREKA.MEREKA LEBIH MEMPERCAYAI MAT SABU DARIPADA USTAZ HARON DIN.KESIAN MEREKA!!!!

    ReplyDelete
  2. Patut la beria-ia nak lepas jawatan coz dapat jawatan lagi besar...tak semua ahli PAS ikhlas untuk Islam sebenarnya

    ReplyDelete
  3. Kesian Pas. GHB ni masa dlm Pas tak pernah ikhlas pon. Dari mula mrk masuk Pas sbb nak cari tapak dan tempat bertenggek. bila dah cukup korum, mrk mula tunjuk belang. Sbenarnya dari mula pon. mrk memang nak musnahkan Pas, kalo tak dpt dari dalam, dari luar mcm skrang. ghb ni lalang,kejap pas kejap tak pas.Senang cakap, mereka ni memang somebody's IMPLANT.
    Kn dah tahu dari awal. Itu la Pas, terlalu berbaik sangka, agaknya. Atau desperado nk banyakkan ahli, tak kira mutu dan kualiti ahli. Last2, ini la jadinya, dah kena makan. Macam mana orang islam nak bergantung harap pada Pas.
    Pkr memng hancur sbb mrk ni lgbt supporter. Yang peliknya, apa yang umno bantu, dia fitnah tanpa fikir panjang. Ada yang kalau tak dpt sponsor mara, sanggup guna cable, sedra dia juga, pastu condemn gomen.Mereka ingat kalo kafir berkuasa dia nak bagi peluang ke macam sekarang?

    ReplyDelete
  4. sedih tengok orang melayu kita..sekarang syokk lah ghairah buka parti baru...tunggulah lepas tu...masing 2 masing nak rebut kuasa. Yg PAS satu hal, sepatunya PAS 'attack' DAP kaw-kaw,,, ini tidak buat bodohje...mudah-mudahan sumpay baiah makan diri sendiri. Hadi dah kasi warning...ameen...

    ReplyDelete

KOMEN JANGAN HINA AGAMA DAN PERKARA SENSITIF. AKU TAK TANGGUNGJAWAP KALAU KORANG KENA.