Friday, 28 August 2015

FAKTA PERSEMPADANAN SEMULA : ADA DUN DI SARAWAK SEBESAR PAHANG !


apa.. mengapa.. kenapa perlu persempadanan semula di sarawak ?

apa reason dia ?
apa justifikasi dia ?


ni antara jawapan dan  fakta pencerahan kepada rakyat malaysia mengapa SPR lakukan persempadanan semula di sarawak. 



 Satu kawasan DUN di Sarawak ada yang sebesar Pahang. Walaupun besar taburan penduduknya, mereka merata. Ada yang masih tinggal di kawasan terpencil dan menggunakan sungai sebagai alat pengangkutan utama. 



Kedudukan rumah-rumah penduduk juga jauh antara satu rumah dengan satu rumah lain. Keadaan bukan macam di bandar yang banyak kelihatan rumah-rumah pangsa. 


Justeru, perlu diperkecilkan kawasan DUN (ini) agar tidak susahkan wakil rakyat di situ. 


Di sesetengah tempat dengan penduduknya kira-kira 6,000 orang, ada wakil rakyat nak jumpa orang pun hampir ‘setengah mati’. 


Dalam tempoh lapan hingga 10 tahun ini, sesuatu kawasan biasanya akan banyak berubah. Selalunya akan bertambah, waima bilangan dewan atau balai raya sekalipun. Di sebalik ini, proses persempadanan semula sentiasa diganggu oleh Bersih. 


Mereka dikatakan sedia skrip semasa perbicaraan (bantahan) iaitu local inquiry. Mengapa saya kata demikian? Sebabnya apabila dibaca skrip yang disediakan pihak pembantah, semuanya sama belaka di setiap tempat. Kata mereka, bilangan pengundi mesti dibahagikan dengan jumlah kawasan DUN. 


Mana boleh Shah Alam disamakan dengan Sabak Bernam dan Baram? Di Kampung Batu 40 Sabak Bernam contohnya, semua yang tinggal di situ menggunakan alamat sama, bukan berdasarkan nombor rumah tetapi surat tetap sampai juga (di rumah masing-masing). 


Dalam hal ini, SPR dikatakan menipu dengan tidak mengikut perlembagaan. Tetapi sebenarnya mereka (pembangkang dan Bersih) mahukan konsep ‘one man, one vote, one value’ iaitu nilai pengundi di Shah Alam mesti sama dengan nilai di Kapit. 


Sedangkan bilangan pengundi di Shah Alam ini ada bandar rayanya, separuh bandar dan ada juga kampung. Apa yang dibuat SPR ini bukan untuk tentukan kemenangan BN tetapi demi memastikan pengundi dekat dengan alamat persempadanan ini. 


Persempadanan semula kawasan pilihan raya ini bukan asing, sebaliknya prosesnya dibuat di seluruh dunia untuk kemaskini kedudukan kawasan pilihan raya (DUN). Harap fahami sekarang akan keputusan Mahkamah Rayuan yang mengatakan SPR betul. Jangan pula dikatakan mahkamah silap pula.

No comments:

Post a Comment

KOMEN JANGAN HINA AGAMA DAN PERKARA SENSITIF. AKU TAK TANGGUNGJAWAP KALAU KORANG KENA.