Thursday, 13 August 2015

GABENOR BNM ZETI AKHTAR AZIZ KENTAL TEGUH !

PETIKAN BEBERAPA KENYATAAN ZETI
ISU FITNAH
Gabenor Bank Negara, Tan Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz memberi amaran akan mengambil tindakan undang-undang kepada pihak yang menyebar fitnah terhadap dirinya dam keluarga.
Beliau menegaskan, dakwaan pihak-pihak tertentu mengaitkan dirinya melakukan aktiviti yang menjejaskan demokrasi berparlimen sebagai tuduhan tidak berasas dan tidak benar.
“Tidak ada kebenaran tuduhan yang dilemparkan terhadap saya secara peribadi dan Bank Negara. Kami akan berusaha mengenalpasti pihak yang membuat tuduhan tersebut dan akan mengambil tindakan undang-undang terhadapnya,” katanya kepada pemberita pada sidang akhbar pada Khamis.
Bagaimanapun, Zeti memberitahu berdasarkan siasatan, Bank Negara menemui beberapa petunjuk yang boleh mengetahui tujuan pihak terbabit melakukan perkara demikian.
“Kita tahu siapa yang melakukan perkara tersebut dan pada masa ini kita belum mengenalpasti nama sebenar pelakunya,” ujarnya.
ISU 1MDB
Bank Negara telah mencadangkan tindakan penguatkuasaan berhubung siasatan terhadap syarikat pelaburan negara kontroversi 1MDB, kata gabenor bank pusat itu Tan Sri Zeti Akhtar Aziz.


Katanya, cadangan itu dinyatakan dalam kertas siasatan yang diserahkan kepada peguam negara minggu ini.



“Bank ini telah menyerahkan kertas siasatan kepada peguam negara dengan cadangan untuk tindakan penguatkuasaan yang sesuai,” katanya.


SIASATAN 

ujuh pegawai Bank Negara Malaysia (BNM) setakat ini disoal polis berhubung kebocoran maklumat berkaitan siasatan terhadap 1Malaysia Development Berhad (1MDB), kata Gabenor BNM Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz.

Katanya, mereka memberikan kerjasama sepenuhnya kepada pihak polis tetapi beliau enggan mendedahkan nama mereka, tarikh mereka disoal dan pejabat di bahagian mana mereka bertugas.

Beliau juga berkata, bank pusat itu sudah menyelesaikan siasatannya ke atas urus niaga bank yang berkaitan dengan 1MDB dan mengemukakan kertas siasatan kepada Jabatan Peguam Negara. 

Katanya, laporan kepada Peguam Negara itu termasuk cadangan untuk tindakan penguatkuasaan yang sesuai.

BNM adalah antara institusi yang sedang menyiasat 1MDB atas dakwaan salah urus dan rasuah.

Zeti bagaimanapun enggan mendedahkan kandungan penyiasatan itu, mengatakan undang-undang negara ini hanya membenarkan BNM mendedahkan perkara itu kepada agensi penguatkuasaan dan kawal selia lain yang terlibat dalam mengambil tindakan terhadap 1MDB.

JAWATAN GABENOR BNM

Di tengah-tengah spekulasi berdepan siasatan, Gabenor Bank Negara Tan Sri Zeti Akhtar Aziz hari ini berkata beliau tidak akan meletakkan jawatan.


Zeti memberitahu pemberita akan menghabiskan penggal lima tahun perkhidmatannya, yang berakhir pada 2016.



“Saya akan kekal di pejabat sehingga penggal saya tamat,” katanya dalam sidang media untuk mengumumkan angka keluaran dalam negara kasar (KDNL) bagi suku kedua tahun ini.



Berhubung dakwaan pegawai Bank Negara berkomplot untuk menjatuhkan kerajaan, Zeti berkata bank pusat itu sedang menyiasatnya dan akan mengambil tindakan undang-undang jika perlu.

GAP :SETEGUH ROCK OF GIBRALTAR.

3 comments:

  1. Aku tengok rupa Zeti ni macam bekas Perdana Menteri Britain Margaret Thatcher .

    ReplyDelete
  2. She with a brain cam bapak dia.

    ReplyDelete
  3. Pun begitu, beliau termasuk dikalangan wanita tercantik !!

    Alangkah bagusnya sekiranya dia menerima hidayah Allah untuk menutup auratnya? Semoga Allah merahmati beliau dengan kasih sayangnya dan mengerakkan hatinya untuk bertaubat dan segera mengikuti perintah Allah, supaya beliau tetap hebat di dunia dan sejahtera di akhirat !!

    Ya Allah..tolong dan kasihanilah kami dan saudara saudara kami !!!

    ReplyDelete

KOMEN JANGAN HINA AGAMA DAN PERKARA SENSITIF. AKU TAK TANGGUNGJAWAP KALAU KORANG KENA.