Saturday, 22 August 2015

GIGIH DAP SERANG PAS ! SAYANGNYA PAS TIDOR LAGII....



19/8/15 – Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang akan mengadakan satu lagi rombongan ke negara Islam bagi mengkaji sistem politik dan pelaksanaan syariah khasnya hudud selepas berpisah dengan PAS disebabkan isu tersebut, Zulkifli Sulong, pengarang analisis dan rencana The Malaysia Insider


Bekas Ketua Pengarang Harakahdaily itu turut mempamerkan gambar pertemuan Pemimpin An Nahdah, parti Islam di Tunisia, Sheikh Sayyid Muhammad Ferjani bersama Kit Siang di Ibu Pejabat DAP di Kuala Lumpur, semalam. (gambar di atas).

“Lim memberitahu media semalam selepas menerima kunjungan hormat wakil pemimpin utama An Nahdah Rachid Ghanouchi iaitu Sheikh Sayyid Muhammad Ferjani ke Ibu Pejabat DAP di Kuala Lumpur semalam.
“Sebelum ini, Lim mengetuai rombongan pemimpin DAP ke Mesir dan Jordan bagi bertemu dan berbincang dengan pemimpin Islam dan pelajar Malaysia yang sedang belajar bidang agama di 2 negara Timur Tengah itu.

“An Nahdah pimpinan Ghanouchi kini menyertai kerajaan melalui kerjasama politik yang diadakan ketika Tunisia berada dalam transisi perpindahan daripada negara autokratik kepada negara demokrasi,”lapor Zulkifli.

Lim dilaporkan berkata, An Nahdah sebagai parti dan gerakan Islam adalah yang pertama di dunia menerima sistem demokrasi dengan sepenuhnya apabila bersedia menerima keputusan rakyat, inklusif dan terbuka dalam pendekatannya.

“Saya yakin, di samping Tunisia, negara seperti Malaysia, Indonesia, Morocco dan Turki boleh menjadi negara contoh di dunia walaupun kita belajar dari Timur Tengah,” kata Lim.

Ferjani dalam pertemuan dengan DAP semalam berkata, Nabi Muhammad tidak melaksanakan hudud dalam tempoh 13 tahun beliau memperkenalkan Islam di Mekah.


Menurut The Malaysian Insider kunjungan Ferjani ke Ibu Pejabat DAP susulan beliau dijemput menghadiri Nadwah Ulama 2015 (Nunji’15) anjuran Gerakan Harapan Baru (GHB), 15 Ogos lalu.

Penganjuran Nunji’15 dipengerusikan oleh Dato’ Dr Mujahid Yusuf Rawa, Ahli Parlimen PAS Parit Buntar yang juga Pengerusi GHB Pulau Pinang.

Dr Mujahid disebut-sebut mewakili fraksi IRC (Islamic Representative Council) dalam GHB.


Semalam, Penasihat GHB, Ustaz Ahmad Awang dan Ustaz Ghani Shamsudin dilaporkan turut berdialog dengan Ferjani di pejabat Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM).

sumber TKO

5 comments:

  1. Bukan PAS tapi AhJibNgok yang masih tidor!!!

    PAS memang PERTI SAMDOL SEPANJANG HAYAT!!!

    ReplyDelete
  2. Maybank Islam
    ..........................

    .........................
    Hong Leong Islamic Bank.........................

    ReplyDelete
  3. DAP anti melayu .

    ReplyDelete
  4. Rasulullah s.a.w memang peringkat awal di makkah tidak melaksanakan hudud.Kerana ketika itu belum ada daulah Islamiah lagi...disamping hukum-hukum hudud juga belum diturunkan.Bahasa mudah nak faham Islam diperingkat Makkah belum sempurna..ketika diMadinahlah baru Islam itu sempurna dan lengkap..yg puak ni nak ikiut Islam yg lengkap atau nak ikut Islam yg belum sempurna?

    ReplyDelete
  5. DAP akan buat apa sahaja untuk kaburkan mata orang Islam. Selepas dapat kuasa mereka akan bermaharaja lela. Oleh itu diharap semua orang Islam tidak tertipu dengan sikap hipokrik DAP terutama LKS dan LGE.

    ReplyDelete

KOMEN JANGAN HINA AGAMA DAN PERKARA SENSITIF. AKU TAK TANGGUNGJAWAP KALAU KORANG KENA.