Sunday, 9 August 2015

KETUA WANITA UMNO TEGUR BATU API. ( SOKONG NAJIB PERTAHAN MUHYIDIN )

KETUA Pergerakan Wanita UMNO, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil (tiga dari kanan) dan Ketua UMNO Bahagian Bera merangkap Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (dua dari kanan) serta Perwakilan melaungkan 'Hidup UMNO' selepas Mesyuarat Perwakilan Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO Bahagian Bera, di Dewan Kompleks Rakan Muda. - Foto BERNAMA

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/73297



BERA: Ketua Wanita UMNO, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil hari ini, meminta segelintir anggota parti supaya berhenti mendesak Tan Sri Muhyiddin Yassin meletak jawatan sebagai timbalan presiden. 

Katanya, tindakan Muhyiddin untuk kekal menjawat jawatan itu juga tidak melanggar undang-undang mahupun peraturan parti. "Pada saya, beri sokongan kepada Datuk Seri Najib Razak sebagai presiden dan Muhyiddin sebagai timbalan presiden juga perlu beri sokongan sebagai satu pasukan. 

"Tak payah suruh letak jawatan," katanya selepas merasmikan persidangan perwakilan Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO Bahagian Bera di Kompleks Rakan Muda Bera di sini, hari ini. Yang turut hadir Ketua UMNO Bahagian Bera, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang juga Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah; Ketua Wanita UMNO Bera, Zanariah Sahadan; Ketua Pemuda UMNO Bera, Mohd Zoolihsan Ahmad dan Ketua Puteri UMNO Bera, Salmiah Abdul Rahman. 


Shahrizat mengulas kenyataan Muhyiddin yang menegaskan tidak akan meletak jawatan meskipun ada desakan daripada ketua bahagian parti supaya beliau berbuat demikian. Berhubung perkara ini, Shahrizat berkata isu ini bukan perkara baharu dan beliau berpandangan anggota UMNO perlu memberikan ruang kepada kedua-dua tokoh itu dan tidak melayan desakan itu. - BERNAMA




1 comment:

  1. NAK TANYA PADA DATUK SERI SIAPAKAH YG BUAT UMNO SEKARANG NI KALAU BILAU. SEMUA RAKYAT DAN AHLI2 UMNO TAHU .

    ReplyDelete

KOMEN JANGAN HINA AGAMA DAN PERKARA SENSITIF. AKU TAK TANGGUNGJAWAP KALAU KORANG KENA.