Friday, 28 August 2015

MASUK IJN : SHAFIE APDAL DAN ALI RUSTAM ANTARA YANG ZIARAH KHIR TOYO.

Bekas Menteri Besar Selangor, Mohd Khir Toyo menjalani pemeriksaan rapi jantung di Institut Jantung Negara (IJN) petang Khamis.

Sumber yang terdekatnya memberitahu, pemeriksaan tersebut akan dilakukan kira-kira jam 5 petang.

“Doktor akan memasukkan kamera ke dalam tubuh beliau bagi memeriksa keadaan jantungnya. Pada masa ini dia ditemani isterinya,” kata sumber berkenaan ketika dihubungi FMT.

Tambah sumber itu lagi, Mohd Khir juga sudah dimaklumkan berkenaan keputusan Mahkamah Persekutuan yang menangguhkan pengumuman keputusan rayuan kesnya pada 22 September depan.

Bagaimanapun, setakat ini, tiada kenyataan rasmi diberikan oleh bekas Menteri Besar Selangor itu.

Dalam gambar yang dimuat naik di laman Facebook Mohd Khir, ia menunjukkan beberapa rakan politik beliau yang datang melawat.

Antara mereka, Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dan beberapa yang lain termasuk bekas Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam.

FMT

No comments:

Post a Comment

KOMEN JANGAN HINA AGAMA DAN PERKARA SENSITIF. AKU TAK TANGGUNGJAWAP KALAU KORANG KENA.