Tuesday, 25 August 2015

PERSEMPADANAN SEMULA : MENGAPA SPR BERANI BERENTAP DENGAN KUMPULAN BERSIH SAMPAI KE MAHKAMAH RAYUAN ?


Mahka­mah Tinggi Kuching mahukan segala yang terperinci tentang data pemilih negeri Sarawak. Kata mereka, maklumat dikemukakan SPR mengenai hal itu tidak lengkap. Cuba kita bayangkan secara praktikal bagaimana kita hendak pamerkan senarai kesemua nama 1.3 juta pengundi di Sarawak. Hendak tampal satu stadium pun tidak cukup, itu tempat, belum lagi dalam suratkhabar. 


Dalam peta pula, hendak dipamerkan mana gunung, sungai. Sedangkan hujahnya, takkanlah pengundi Sarawak tidak tahu bagaimana hendak buat bantahan. Hakikatnya, SPR telah terima 64 bantahan dari seluruh pelosok Sarawak termasuk kawasan terpencil seperti Kapit, Baram dan Long Lama.


 Kalau misal kata maklumat (persempadanan semula) tidak sampai di pedalaman kononnya, takkanlah ada banyak bantahan sehingga 64 iaitu yang tertinggi dalam sejarah persempadanan pilihan raya Sarawak. Sebelum ini, paling banyak bantahan pun dalam 17, 15, 11 dan 10. 



MAKA DENGAN ITU 




SPR mencabar balik perkara itu di Mahkamah Rayuan. Hasilnya pada 7 Ogos lalu Mahkamah Rayuan Putrajaya membenarkan rayuan SPR terhadap keputusan Mahkamah Tinggi berkenaan  yang mengisytiharkan amalan persempadanan semula mereka, melibatkan penambahan 11 lagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), menjadikan kini 82 kerusi kesemuanya, sebagai tidak sah dan terbatal. 



Berikutan itu, Mahkamah Rayuan mengumumkan bahawa persempadanan semula dan notis yang dikeluarkan, adalah sah. 

No comments:

Post a Comment

KOMEN JANGAN HINA AGAMA DAN PERKARA SENSITIF. AKU TAK TANGGUNGJAWAP KALAU KORANG KENA.