Wednesday, 12 August 2015

PAS MULAI LUMPUH ? SELEPAS SHAH ALAM, GILIRAN PEMUDA PAS MELAKA KELUAR PARTI.


MELAKA - Bekas Ketua Pemuda Pas Melaka Jauhar Mohd Dawi hari ini mengisytiharkan keluar daripada parti itu dan telah menyertai Gerakan Harapan Baru. 

Timbalan Koordinator Harapan Baru Negeri Melaka itu berkata tindakannya keluar daripada Pas kerana hilang kepercayaan terhadap kepimpinan parti dipilih pada muktamar lepas yang disifatkannya telah tersasar daripada perjuangan asal pakatan rakyat. 

"Banyak isu (dalam Pas) tentang fitnah memfitnah dan melabel, serta dalam pemilihan baru-baru ini suatu pemilihan yang tidak begitu baik. Politik dibawa pimpinan baharu ini lari daripada muktamar untuk mengukuhkan pakatan rakyat.

"Saya rasa amat kecewa dan perlu pergi kepada Harapan Baru kerana mereka membawa satu model yang baik, ini suatu gerakan Islam juga," katanya kepada pemberita di sini hari ini. 


SEMALAM 13 AJK PEMUDA PAS SHAH ALAM LETAK JAWATAN DAN BAKAL SERTAI PARTI BARU.



Terdahulu hari ini pada satu sidang media, 13 AJK tersebut mengumumkan peletakan jawatan mereka susulan parti Islam itu kini dilihat lebih eksklusif selepas pemilihan pada muktamar tahunan Jun lalu.

Bekas naib ketua Pemuda PAS kawasan, Abbas Salimmi Adzmi, berkata peletakan jawatan mereka bermula semalam dan menjangkakan lebih ramai lagi akan mengambil tindakan sama.

"Kami mengambil keputusan ini berdasarkan suara di peringkat cawangan dan kami lihat kami menang pemilihan lalu pun dengan undi yang agak besar.

"Yang keluar ini pun dapat undi besar dan agak selesa. Jadi kita beranggapan akan berlaku lagi peletakan jawatan atau mungkin pembubaran Pemuda PAS Cawangan di sekitar Shah Alam," katanya.


Katanya, antara sebab peletakan jawatan mereka adalah kerana kerjasama di peringkat kawasan di kalangan Pemuda negeri semakin longgar. – 11 Ogos, 2015.

5 comments:

  1. Aku pun sanggup jadi anjing barua DAP asalkan DAP bagi aku duit setiap bulan .

    ReplyDelete
  2. SEMUA MEREKA NI MACAM PELABUR JUALAN TERUS. MELABUR MASA PRODUCT BARU DIPERKENALKAN. SO BOLEH LAH JADI CALUN (KEUNTUNGAN PELABURAN) DALAM PRU 14 SEBAGAI CALUN TUNGGANGAN DAP SEBAB DAP YANG JADI FUNDER MEREKA. KALAU BERADA DALAM PARTI PAS SEKARANG, HARAPAN JADI YB AMAT TIPIS. KEPADA MEREKA SELAMAT BERKUDA. SEMUGA DAP AKAN MEBERI SYURGA DUNIA PADA ANDA SEMUA......

    ReplyDelete
  3. Orang yg faham perjuangan PAS tak akan melatah melihat senario terkini ...

    Orang PAS tulin tahu tentang kehebatan wala, kefahaman dan komitmen serta semangat jihad tinggi yg dimiliki ahli PAS Pantai Timur, seperti Kelantan dan Terengganu hasil didikan tuan guru tuan guru dikalangan mereka, serta tempias pondok pondok tradisional yg banyak terdapat di sana.. mereka dengan majis ilmu sudah sebati sejak puluhan tahun...berbanding dengan Johor, Negeri Sembilan, Melaka dan Selangor..kecuali Johor yg punya sedikit kelebihan hasil tempias sekolah sekolah agama yg sinonim dengan negeri itu. Sementara tidak kurang hebat juga ahli PAS Perlis, Kedah, P.Pinang serta Perak hasil dari kerja kuat yg berterusan oleh tok guru tok guru yg komitted dan istiqamah dengan perjuangan dan tuntutan Islam.. Selangor, Melaka dan Negeri Sembilan ini boleh dianggap sebagai kalangan mereka yg lemah Iman !!! Tidak menghairankan kalau mereka boleh bertukar arah mengikut tiupan angin kerana mereka pun lazimnya tidak mengenali apa itu usrah dan tamrin, mereka tidak tahu siapa Hassan Al Banna, Syed Qutb, Farhi Yakan atau Mustafa Masyhur. Nama Maududi, Syed Sabiq, Meriam Jamelah, Abdul Kadir Audah, Dr Karim Zaidan, Said Hawwa, Umar Telmesani sangat asing bagi mereka..mereka hanya kenal mat sabu, mahfuz omar dan beberapa orang pelawak pentas yg terkenal di peringkat kampung..

    Tak hairanlah kalau mereka yang ikut ikutan dalam perjuangan harakah Islam selama ini dan dan tidak faham tentang tuntutan serta hala tuju perjuangan..mereka tidak ada manhaj, tidak ada tanzim, keliru dalam uslub, meninggalkan tarbiyyah, tidak tahu rukun baiah dan tidak pernah memahami apa itu Usul 20 ...



    ReplyDelete
    Replies
    1. Apa yg korang merepek nih? Bukan ke ini semua berkat DOA adik nik ajis. Akhirnya yg KO PAS, Kelantan dilanda musiBAH terbesar dlm sejarah.Ngapa tak berkumpul ramai -ramai buat solat hajat supaya DAPig/PKR/GHB KO?

      Delete
    2. Apa yg korang merepek nih? Bukan ke ini semua berkat DOA adik nik ajis. Akhirnya yg KO PAS, Kelantan dilanda musiBAH terbesar dlm sejarah.Ngapa tak berkumpul ramai -ramai buat solat hajat supaya DAPig/PKR/GHB KO?

      Delete

KOMEN JANGAN HINA AGAMA DAN PERKARA SENSITIF. AKU TAK TANGGUNGJAWAP KALAU KORANG KENA.