Monday, 17 August 2015

PAS VS DAP & GHB MASUK FASA BARU : PAS KUMPUL 60 RIBU TUNJUK KEKUATAN PADA DAP !


Pas akan menganjurkan sebuah himpunan besar-besaran bagi menunjukkan sokongan kepada kepimpinan parti itu.

Ketua Pemudanya Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz berkata, himpunan itu dijangka akan dibuat di Kuala Lumpur atau Selangor dan mensasarkan seramai 60,000 orang akan menyertainya.

“Kita tahu Pas mempunyai masalah ada ahli kacau dari dalam. Isu GHB (Gerakan Harapan Baru). Kita tahu payah nak selesai. Sebab itu saya saran siapa nak keluar maka keluarlah. Sebab itu penyelesaian.

“Tujuan (himpunan adalah untuk ) menghimpunkan ahli dan penyokong Pas seluruh negara. Untuk beri kekuatan pada kami di peringkat pimpinan, ahli-ahli seluruh negara untuk terus komited dengan Pas,” katanya pada sidang medianya di Ibu Pejabat Pas pada Ahad.

Nik Abduh yang juga merupakan Ahli Parlimen Pasir Mas menambah, pihaknya yakin akan mencapai sasaran 60,000 orang kerana ia mengumpulkan keempat-empat sayap parti itu yang terdiri daripada Pemuda, Ulama, Muslimat dan Dewan Himpunan Penyokong Pas.

http://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2015/08/16/pas-gerak-60000-ahli-untuk-tunjuk-solidariti/

2 comments:

  1. Bukan semua penyokong parti akan tunjukkan diri mereka.
    Undi nanti baru tau.

    ReplyDelete
  2. Ni sorang lagi pemimpin TEGAR hamPAS. Tembok hampas mula roboh satu persatu masih nak salahkan UMNO. Doa PAS makan diri.

    ReplyDelete

KOMEN JANGAN HINA AGAMA DAN PERKARA SENSITIF. AKU TAK TANGGUNGJAWAP KALAU KORANG KENA.