Thursday, 6 August 2015

KENYATAAN PENGARAH OPERASI KHAS SPRM.


BANGI, Rabu – Pengarah Operasi Khas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Bahri Mohamad Zin bersumpah dengan nama Allah akan mencari dalang yang mengarahkan penangkapan anggota suruhanjaya itu.
“Saya bersumpah dengan nama Allah saya akan mencari dalang yang mengarahkan ini. Kami bekerja siang malam sepanjang bulan puasa dan ini berlanjutan sepanjang hari raya baru-baru ini.
“Kami tiada masa berpolitik tapi kami menjalankan tugas kami seperti yang diamanahkan dan diharap oleh rakyat. Demi Allah saya akan cari dalang-dalang yang mengarahkan (penahanan) ini sehingga ke lubang cacing,” katanya seperti dilaporkan sebuah portal berita, hari ini.
Sehubungan itu, beliau mengingatkan ‘dalang-dalang’ itu bahawa kuasa yang mereka ada adalah terhad dan sedikit sahaja.
“Kamu ada kuasa sedikit saja, tapi saya ada Allah,” katanya sebagaimana dilapor portal berkenaan.
Bahri yang turut disoal siasat Isnin lalu berkata demikian ketika diminta mengulas siasatan terbaru polis terhadap dua lagi pegawai SPRM, termasuk pegawai yang menyiasat bekas anak syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB), SRC International Sdn Bhd.
Hari ini, polis menyoal siasat seorang lagi pegawai kanan SPRM bagi membantu siasatan berhubung dakwaan kebocoran maklumat pasukan penyiasat kes 1MDB.
Polis merekodkan kenyataan Timbalan Pengarah Bahagian Operasi Khas SPRM, Datuk Tan Kang Sai pada jam 3 petang tadi di Ibu Pejabat Polis Daerah Putrajaya.
Dengan siasatan ke atas Kang itu menjadikan setakat ini tujuh pegawai kanan SPRM diambil kenyataan oleh polis berhubung kes itu.

http://www.ismaweb.net/2015/08/isu-pegawai-disiasat-polis-semakin-panas-apabila-pengarah-sprm-bersumpah-dengan-nama-allah-cari-dalang/

3 comments:

  1. Kenapa nak komen macam tu???

    Kalau tak bersalah, apa nak takut....??

    Bukannya dah terbukti bersalah pun...

    Polis hanya buat siastan atas laporan mengatakan ada peawai SPRM yg tidak jujur...

    So, kalau anda jujur, tak perlulah takut...jgn pertahankan pegawai anda, sebab anda mungkin tak tahu apa yg mereka buat...

    Biar Polis buat siasatan....

    Ketua Operasi Khas SPRM ni tak tahu/faham undang undang ke???

    ReplyDelete
  2. Tak perlu la emisional. Jalankan kerja dengan ikhlas kerana ALLAH. Orang lain pun kerja siang malam juga.....

    ReplyDelete
  3. elok pun dia bersumpah dgn nama Allah..perkara ni biasa jer berlaku bila org rasa terzalimi.

    ReplyDelete

KOMEN JANGAN HINA AGAMA DAN PERKARA SENSITIF. AKU TAK TANGGUNGJAWAP KALAU KORANG KENA.