Saturday, 8 August 2015

PERSEMPADANAN SEMULA DUN SARAWAK : MAHKAMAH BENARKAN SPR TERUSKAN PROSES !


isu persempadanan semula kerusi DUN di sarawak telah masuk fasa terbaharu.

mahkamah rayuan TELAH MEMBENARKAN pihak SPR untuk meneruskan proses persempadanan semula sebagaimana yang telah diperuntukkan syaratnya dalam perlembagaan.

keputusan mahkamah rayuan ini sekaligus membuktikan segala proses , tatacara, prosedur yang diamalkan oleh SPR dalam melakukan persempadanan semula adalah valid dan mengikut prosedur sebagaimana yang terkandung dalam perlembagaan.

hari tu pembangkang membantah proses persempadanan semula di mahkamah tinggi. mereka berjaya.

SPR yang tak takut dengan tindakan ini, telah mengheret isu ini ke mahkamah rayuan. semalam SPR menang.

menang pasal SPR tau dia benar. 
menang pasal SPR tau dia ikut prosedur dan tak buat salah pun.

jadi proses seterusnya, SPR akan hantar laporan kepada perdana menteri untuk tindakan seterusnya selaras dengan jadual 13 perlembagaan persekutuan.

good job tan sri abdul aziz pengerusi SPR dan seluruh warga SPR.

jika semuanya lancar, pilihanraya negeri sarawak bakal tiba.

1 comment:

  1. Tahniah spr...puak kominis tu jgn nk dilayan..hancur negara

    ReplyDelete

KOMEN JANGAN HINA AGAMA DAN PERKARA SENSITIF. AKU TAK TANGGUNGJAWAP KALAU KORANG KENA.