Monday, 17 August 2015

PUKULAN UNTUK PAS KELANTAN : ANAK NIK AZIZ SERTAI GHB ??


KOTA BARU: Anak lelaki Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dikatakan akan menyertai Gerakan Harapan Baru (GHB), sekali gus memberi tamparan kepada golongan ulama PAS Kelantan.
Wujud spekulasi, Nik Omar Nik Abdul Aziz, anak kedua bekas Menteri Besar Kelantan itu akan menyertai GHB dalam masa terdekat ini.
Pengerusi Jawatankuasa Penaja GHB Kelantan, Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah ketika dihubungi enggan mengulas mengenai gambar beliau, Nik Omar dan calon presiden PAS yang tewas pada pemilihan parti itu, Ahmad Awang yang menjadi viral.
“Boleh kamu hubungi saya selepas pukul 5 petang, selepas selesai mesyuarat GHB yang saya sedang pengerusikan,” katanya yang juga salah seorang pemimpin PAS yang secara terbuka bekerjasama dengan GHB Kelantan.
Pemimpin lain yang turut menyertai GHB adalah Ahli Parlimen Kuala Krai, Mohd Hatta Md Ramli.
Timbalan Pesuruhjaya PAS Bahagian Kota Baru, Dr Rosli Alani Abdul Kadir ketika dihubungi pasti Nik Umar akan menyertai GHB, tetapi tidak pasti bila ia akan berlaku.
Nik Omar mewujudkan kontroversi apabila menjemput Ahmad Awang ke kediaman bapanya untuk ceramah Maghrib dalam tempoh kempen untuk pemilihan parti itu pada Jun, bagaimanapun membatalkan hasrat itu apabila dibantah ahli keluarganya.
Nik Omar bagaimanapun tidak dapat dihubungi untuk mendapatkan komennya sama ada mengesahkan atau menafikan spekulasi dan gambar yang menjadi viral itu.
Beliau adalah pengetua sekolah agama Maahad Darul Anuar yang diwujudkan datuknya, Nik Mat Raja Banjar.
-mstar

3 comments:

  1. Iman itu bukan diwarisi. Kena cari. Sebab itu bukan semua anak orang yang baik itu perangainya baik jugak.
    Juga tidak semua anak ulamak menjadi ulamak juga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul

      Kita tengok Tun Mahathir .Beliau adalah pemimpin yang disanjungi dan disegani.
      Apa jadi pula dengan anaknya Marina ? Hmm

      Kita juga tengok Tun Razak dan bandingkan dengan Najib . Jauh bezanya

      Delete
  2. Siapo nak ngaku "BEROK TENGOH JALE". Malu we. Pok sdaro dio yg dulu doa KO BN/UMNO. Makbul doa keluarga NIK tu yang akhirnya yang HAMPIR KO adalah PAS/DAP/PKR (PR). Elok benorlah tu MAT SABUN dilantik sebagai Imam untuk memimpin "ULAR DALAM SEMAK" di bawah Ahmad Awang/Samad Said (Rambut/misai/janggut tak terurus). Alamat lingkup.....

    ReplyDelete

KOMEN JANGAN HINA AGAMA DAN PERKARA SENSITIF. AKU TAK TANGGUNGJAWAP KALAU KORANG KENA.