Wednesday, 26 August 2015

SYABAS BANG LONG.

Menteri Besar Pahang bersama 12 Ahli Exco Kerajaan Negeri akan mengisytiharkan harta masing-masing sebagai usaha berterusan menangani rasuah.

Datuk Seri Adnan Yaakob berkata, pengisytiharan berkenaan akan dilakukan secepat mungkin iaitu selepas perkara itu dibincangkan dalam mesyuarat Exco esok.

"Kita akan isytihar harta yang kita ada dan mungkin dari semasa ke semasa kalau ada tambahan atau pelupusan harta, kita akan lapor kepada SPRM.

"Saya sendiri akan mengemukakan penyata kewangan dan akaun kepada SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) dan ini mungkin mengambil masa kira-kira 2 hingga 3 minggu.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/mb-pahang-12-exco-isytihar-harta-pada-sprm#sthash.0viITTow.dpuf

1 comment:

  1. Semua doh ejah boh,baru bolih declare.

    ReplyDelete

KOMEN JANGAN HINA AGAMA DAN PERKARA SENSITIF. AKU TAK TANGGUNGJAWAP KALAU KORANG KENA.