Tuesday, 11 August 2015

USAHA MULA MEMBUAHKAN HASIL..PAS SHAH ALAM LUMPUH !



Tindakan 13 AJK PEMUDA PAS SHAH ALAM meletakkan jawatan hari ini wajar 'dipuji' kerana mereka lebih berani berbanding ahli lain yang menyokong Gerakan Harapan Baru (GHB) namun masih berselindung di sebalik jawatan parti, kata Mohd Khairuddin Othman.

Setiausaha PAS Selangor itu berkata, pihaknya menghormati pendirian itu kerana perlembagaan parti membenarkan mereka berbuat demikian.

"Itu hak mereka, kita tahu arah tuju mereka. Dengan sebab itu, kita ucapkan syabas.

"Itu lebih baik dan lebih berani berbanding mereka yang lantang bersama GHB tetapi masih bersembunyi di sebalik jawatan PAS," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Paya Jaras itu berkata, tindakan itu tidak menjejaskan pentadbiran PAS Selangor mahu pun peringkat lain.

Katanya, pihaknya akan mengarahkan Dewan Pemuda PAS Selangor mengisi kekosongan yang ada menurut ketetapan perlembagaan parti.

Khairuddin berkata, PAS Selangor mengesahkan setakat ini hanya 2 Adun mereka di negeri itu yang mengisytiharkan diri bersama GHB, dan menyerahkan nasib mereka kepada PAS Pusat.

"Semua 13 Adun PAS menyatakan taat setia kepada PAS dan kepimpinan PAS yang ada.

"Nasihat kita kepada ahli adalah agar terus beristiqamah bersama PAS yang menjadi parti Islam terbesar di Malaysia.

"Apatah lagi kini GHB lebih dilihat sebagai jurucakap kepada DAP," katanya.

Terdahulu hari ini pada satu sidang media, 13 AJK tersebut mengumumkan peletakan jawatan mereka susulan parti Islam itu kini dilihat lebih eksklusif selepas pemilihan pada muktamar tahunan Jun lalu.

Bekas naib ketua Pemuda PAS kawasan, Abbas Salimmi Adzmi, berkata peletakan jawatan mereka bermula semalam dan menjangkakan lebih ramai lagi akan mengambil tindakan sama.

"Kami mengambil keputusan ini berdasarkan suara di peringkat cawangan dan kami lihat kami menang pemilihan lalu pun dengan undi yang agak besar.

"Yang keluar ini pun dapat undi besar dan agak selesa. Jadi kita beranggapan akan berlaku lagi peletakan jawatan atau mungkin pembubaran Pemuda PAS Cawangan di sekitar Shah Alam," katanya.

Katanya, antara sebab peletakan jawatan mereka adalah kerana kerjasama di peringkat kawasan di kalangan Pemuda negeri semakin longgar. – 11 Ogos, 2015.

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/pas-selangor-puji-ajk-pemuda-letak-jawatan-kerana-sokong-ghb#sthash.YPVdJV2v.dpuf

3 comments:

  1. Macam tengok drama bodoh.....

    ReplyDelete
  2. Dah tau dah PAS akan Anchor. GHB lagi Anchor. Harapan Baru baru bukan istilah Islam tapi motto gerakan dakwah Kristian. GHB akan dikristiankan.

    ReplyDelete
  3. Salam..

    Blog hebat tuan telah kami pautkan di www.kluangtoday.com

    ReplyDelete

KOMEN JANGAN HINA AGAMA DAN PERKARA SENSITIF. AKU TAK TANGGUNGJAWAP KALAU KORANG KENA.