Tuesday, 18 August 2015

VELL PAARI SOKONG LOW YAT 2 ( ATAU APA-APA NAMA LAH )

Ketua Komunikasi dan Perhubungan Awam MIC, Datuk Vell Paari menyokong dan mempertahankan cadangan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob untuk menubuhkan pusat telekomunikasi Low Yat 2 di Bangunan MARA.

Dalam satu kenyataan media, Vell Paari menegaskan, cadangan itu tidak akan membawa ketegangan kaum mahupun memecah-belahkan perpaduan.

“Bagaimana anda boleh percaya bahawa cadangan ini akan mewujudkan ketegangan kaum? Mengapa pula pihak ini mengatakan bahawa jika UMNO menggalakkan atau memberi kuasa kepada bangsa Melayu,ia akan menyebabkan ketegangan kaum?” soalnya.

Beliau berkata, kritikan yang dilemparkan itu lebih bersifat menentang UMNO memandangkan Ismail Sabri merupakan menteri dari UMNO.

“Saya amat yakin bahawa apabila Ismail Sabri menyebutnya, ia juga bermakna bahawa kaum-kaum lain seperti India dan suku kaum dari Malaysia Timur serta lain-lain juga akan diberi peluang,” katanya.

Ini kerana, katanya, Perlembagaan UMNO Perkara (Fasal) 3.4 menyatakan ‘Mempertahankan kedaulatan rakyat dan keadilan sosial dengan mengamalkan sistem pemerintahan demokrasi berparlimen serta memajukan ekonomi rakyat Melayu dan Bumiputera khasnya dan rakyat Malaysia amnya’.

3 comments:

  1. Sokong low yat2. Pecahkan monopoli peniaga yg cekik darah. Biasanya peniaga melayu letak harga lebih berpatutan. Low yatt patut sedar selama ini kami tiada pilihan dan sedar sering ditipu.

    ReplyDelete
  2. Bagi puaka tu kerajaan ujudkan Chinatown atau Little India di Malaysia ini takpe, jangan ada sesuatu yang diujudkan untuk bangsa Melayu maka cepat2 mereka katakan yang itu RASIS. Salah siapa kah ini semua???

    ReplyDelete
  3. org India lebih mudah faham dari cina yg tak sedar diri

    ReplyDelete

KOMEN JANGAN HINA AGAMA DAN PERKARA SENSITIF. AKU TAK TANGGUNGJAWAP KALAU KORANG KENA.