Saturday, 5 September 2015

6 KOSONG KOCIK BONAR... 10 KOSONG SONYUM LEBAR !


lepas seri kali ke dua dengan bangladesh.
lepas kena enam kosong dengan palestin.
lepas ranking terus jatuh ke tangga 168 dunia.

2 hari lepas, kita dikitai 10 kosong dengan UAE.

bak kata wariihhh dalam lagunya...

6 kosong kocik bonar.
10 kosong sonyum lebar...

kita kini berada di landasan yang betul . pemain yang kita ada ini punyai masa depan yang cerah untuk terus mengharumkan nama malaysia di peringkat ....

bukan peringkat dunia lagi ni.
ni peringkat antara planet dah..

ingat pesan orang tua.. kebangkitan sebuah pasukan dimulakan dengan kekalahan. pegang kata azimat ini.

saat itu akan menjelma.. detik kebangkitan akan menjelma.

bila tiba nan saat itu, korea akan jadi budak belasahan kita.
bila tiba nan saat itu, pasukan asia akan diibarat lauk ratah ratah aje..

signal kebangkitan kita bilamana kita telah seri dengan bangladesh.

seri dengan bangladesh adalah katalis kebangkitan kita sebagai kuasa bola sepak utama di timur..

ada rakan aku di china berikan gelaran team kita sebagai the genghis !

kuasa baru pentakluk bola sepak asia.
kuasa kerana kemampuan kita untuk seri dengan bangladesh !

RAKYAT KETAGIH DENGAN PENCAPAIAN SEBEGINI.

mohon teruskan momentum ini.

terus terang aku cakap.. level kita bukan dengan UAE.

kini kita setaraf jerman, holland , itali dan brazil.

malam tadi ESPN news sudah mula menggambarkan kerisauan dan kebimbangan mengenai team asia yang dijangka akan mengambilalih kuasa bolasepak dunia..

team yang dimaksudkan.. ?

ya... yaaaaaaaa ! 

tepat tekaan anda !
siapa lagi kalau bukan kita..
kita berada di landasan yang betul sekarang ni..

i love fam !

4 comments:

  1. ORANG KEDAH KATA FAM BERTARAF ' DONIA '

    ReplyDelete
  2. Duit kita kan ada, apa masalah kalau ambik jurulatih sohor dari eropah ke, planet marikh ke. Playerpun bukan masalah sgt. Gunalah duit yg ada utk beli player, kasi warganegara. Dpd dorang dtg secara illegal, baik kasi passporr terus. FAM lupa kot, money is king!!. Ni bukan lawak atau perli, bnyk negara dh apply cara ni dan....kebabooommm. Rangking mereka berpuluh step lebih baik dari malaysia. Dgr kata, iraq ada bnyk player berkualiti tp miskin. So, ambik ajelah jadikan player malaysia. Bosniapun ada... Ubah la cara fikir org2 dlm FAM tu. Jgn fikir camane cara nk jadi kaya dgn duit FAM tu. Bnyk lagi hutan balak yg boleh di...ehem ehem utk penuhkan kocek peribadi.

    ReplyDelete
  3. Warigh,
    Bolom dongar lagi orang komen ini semua sobab Najib jadi PM.Kalau Najib turun barulah kito belasah UEA 10 kosong lak.......soalan cam ni kono tanyo.Chedet,Din Turtle,SOTB,Kadir Jasin,lupo lak Kluang Diamond......LOL

    ReplyDelete
  4. Aku pernah tulis, taraf bola sepak malaysia sama atau kurang dari taraf bola sepak budak-budak sekolah di erofa.
    Selalunya saya malas nak tenguk bila malaysia main. Dah tentu kalah,
    Yang tebaik ialah singkirkan semua pemain kebangsaan yang ada. Ganti dengan pemain baru. Kalau masih tak ada juga , tutup kedai buat sementara. Biarkan padang di stadsium semak samun..
    Apa guna bayar elaun kepada pemain puluhan ribu sebulan tapiu main macam kaki bangku, Buat habih begheh aje.

    ReplyDelete

KOMEN JANGAN HINA AGAMA DAN PERKARA SENSITIF. AKU TAK TANGGUNGJAWAP KALAU KORANG KENA.