Friday, 18 September 2015

AKHIRNYA MELAYU JUGA YANG JAGA TANAH AIR INI.


Akhirnya Melayu Jua

16 September 2015 sebaik saya turun dari Royal Bintang Kuala Lumpur Jam 11 pagi, kawasan sekeliling hotel, simpang masuk ke Jalan Alor, Low Yatt Plaza, Lorong2 Kecil dan sepanjang jalan ke Pavilion di penuhi anggota polis yg beruniform dan berpakaian biasa. 

Suasana jalan lenggang tanpa kenderaan di kawal sepenuhnya.  Perjalanan saya bersama 15 orang Jawatan Kuasa saya di rakam secara terangan oleh anggota-anggota bertugas. 

Kehadiran trak FRU dan Polis yang di parkir sepanjang jalan serta pagar yang di pasang seolah menunjukkan anggota keselamatan kita begitu bersedia mengawal sebarang kemungkinan.

Jam 1 tengahari kumpulan dari Jalan Conlay mula bergerak ke Padang Merbuk 
Di sebabkan semangat yang membara kumpulan ini memilih untuk membelok ke kiri walaupun di arah anggota bertugas untuk ke arah kanan, Jalan ke Istana Hotel menuju ke Padang Merbuk.

Sampai di hadapan Pavilion menuju ke Jalan Bukit Bintang kami telah di halang dengan bentengan kemas 3 lapis  anggota FRU 

Bentengan ketiga siap bersenjata lengkap !!


Beberapa rakan NGO termasuk Sdr Armand Exco Pemuda Umno Malaysia, Dato Megat Omar Din dan saya telah berbincang cara lembut meminta kebenaran kami melalui jalan yang agak signifikan dengan matlamat Himpunan Merah ini.

Beberapa pegawai kanan polis dengan amat berhemah juga meminta kami untuk berpatah balik secara baik mengikut laluan yang telah di persetujui awal oleh pihak penganjur dan PDRM.

Kedatangan OCPD Kuala Lumpur dengan bahasa dan riak wajah yang amat di senangi memudahkan lagi proses rundingan. Walaupun ada ketikanya beberapa sahabat NGO mula meninggikan suara akibat cuaca panas dan tolakkan dari belakang oleh peserta-peserta himpunan yang semakin sukar di kawal.

Saya tidak tahu pihak mana yang Tuan OCPD hubungi beberapa kali dan akhirnya beliau meminta 10 minit untuk melepaskan kumpulan ini masuk ke 'laluan  impian'

Keputusan ini di sambut tepukan gemuruh oleh peserta Himpunan sambil melaungkan Hidup Melayu !

Selepas 10 minit Tuan OCPD memohon lagi 10 minit dan pada ketika inilah timbul sedikit aksi tolak menolak antara peserta himpunan dan anggota FRU sehingga saya terpaksa menjerit memohon kerjasama demi kebaikan nama penganjur . Rakan-rakan NGO dan Sdr Armand memainkan peranan mengawal peserta dengan amat baik sekali.

Bimbang keadaan semakin tidak terkawal saya memohon Tuan OCPD untuk memberi kebenaran segera kami bergerak masuk. Ketika ini lah beliau menjelaskan kepada saya dan rakan-rakan bahawa beliau perlu mempersiapkan semua anggota di segenap tempat yang ingin kami lalui agar tidak ada sabotaj dan provokasi yang akan menghancurkan imej Melayu.  

Tanggungjawab beliau untuk memastikan kami semua selamat melalui jalan ini. Beliau mohon masa untuk pastikan segala bangunan di kiri kanan laluan yang tidak ada dalam senarai ini selamat kepada kami !!

Wah ..betapa hebatnya pegawai Melayu ini, jiwa nya cukup besar selain memastikan semua kepentingan Peniaga-peniaga Cina di Bukit Bintang tidak terganggu, beliau juga mahu nama Melayu terpelihara dengan keputusan yang beliau buat !!!

Saat ini saya terfikir sekiranya pegawai tertinggi ini bukan orang Melayu apakah keputusan seadil ini akan berlaku ? Atau mungkin saya dan sahabat-sahabat sudah di bawa naik trak FRU atau di belasah dengan belantan kerana tidak mengikut laluan yang di benarkan

Akhirnya kami di benarkan dengan cukup baik dan kami juga berjanji mengawal para peserta agar tidak melakukan sesuatu yang pelik sepanjang berada di laluan Bukit Bintang

Akhirnya saya berada di atas pentas dan melihat lautan merah menyala dan betapa kagum dan bangganya saya menjadi Melayu kerana Melayu itu begitu baik , Melayu itu begitu pekerti , Melayu itu begitu tertib dan sopan sehingga tidak berlaku sedikit pun perkara2 kurang baik sepanjang laluan dan himpunan berlangsung.

Saya melihat sekeliling pentas dan mengingati kembali sepanjang laluan yang di lalui - yang berhimpun ini Melayu yang menjaga keselamatan nya Melayu, yang berucap semua Melayu ... Melayu seolah boleh buat apa saja semalam namun Melayu tetap Melayu hormat nya sangat tinggi dan barang di ingat amuk nya juga sukar di kawal

Akhirnya Melayu Jua Yang Akan Menjaga Tanah Air Ini

Selamat Hari Malaysia

Datuk Mohd Zaidi Hj Mohd Said

2 comments:

  1. Artikel ini memang terbaik. Aku rasa bangga jadi orang Melayu, aku lebih bangga kewujudan UMNO memerintah Negara Tanah Melayu, tidak seperti melayu menyokong DAP, PAN dan PKR.

    ReplyDelete
  2. Akan tetapi Melayu yang memerentah sepertinya udah lupa akan Saudara Seberang adalah Saudara Serumpun,.
    Kami cukup akrab bilamana berada di Luar (Nusantara), malah Tiyang Jawi dari Suriname juga ikut serta sebagai warga serumpun diperantauan walaupun ngak bisa berbasa Melayu merekanya tapi abasa Jawi/Jowo nya masih mantap,, inggih demi katresnoninpun abasaen dewe, kata mereka.
    Tapi di Malaya saudara-saudara ini udah di jenamakan dengan istilah Warga Indon atau sinisnya dengan slang "Indon".
    Jang ngak punya dokumentasi di panggil Pati, dalam bahasa Jawa ia berarti Mampus.
    Apa udah ngak ada istilahan lain yang lebih sesuai buat Saudara Serumpun yang salahnya cuma ngak punya "dokumentasi" ?
    Apa kata kalau orang india tampa dokumen dipanggil Paria ( Pendatang Rakyat India) ?
    Duh pasti gumpita protesnya.

    Bersatulah dan lunaklah sesama saudara dan yang bersaudara.
    (0209a_230915_afef)

    ReplyDelete

KOMEN JANGAN HINA AGAMA DAN PERKARA SENSITIF. AKU TAK TANGGUNGJAWAP KALAU KORANG KENA.