Tuesday, 22 September 2015

GAP SETUJU TS KHALID IBRAHIM MASUK PAS.


pelawaan pas kepada bekas menteri besar selangor untuk menyertai parti itu wajar disambut dengan gembira oleh ahli pas.

dalam konteks demokrasi gaya pembangkang, adalah tidak salah untuk parti kawan mencuri player kawan untuk lawan sama-sama kawan.

paham ?
baca sekali lagi..

memandangkan ts khalid ibrahim kini bebas dan disahkan dari segi pembuktian bilamana jawatan menteri besar selangor DIRAMPAS oleh kawan sendiri, maka kalid ibrahim sewajarnyalah berfikir secara pantas untuk punyai platform rasmi dalam kepartian.

beliau adalah ahli parlimen dan adun.

sewajarnya sudah tiba masa beliau berparti semula supaya dengan kewujudan terbaru beliau dengan berparti dapat 'mengimbangi' beberapa dasar dan hala tuju parti pemerintah yang lain, dalam kes ini KHUSUSNYA DI SELANGOR.

pengalaman beliau beberapa tahun menjadi menteri besar dapat sekurang-kurangnya 'mengawal selia' tingkah laku azmin ali dan dap di selangor.

ini dinamakan demokrasi terpimpin.

jadi gap setuju yang amatlah agar ts khalid ibrahim segera menjadi ahli pas lantas dapat menjadi force baru check and balance segala tindakan azmin ali.

2 comments:

  1. Insya Allah kebenaran akan berpihak kpd TSKI

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju. Tentunya boleh mengawal selia kelaku azmin melalui platform lebih kukuh.

      Delete

KOMEN JANGAN HINA AGAMA DAN PERKARA SENSITIF. AKU TAK TANGGUNGJAWAP KALAU KORANG KENA.