Friday, 18 September 2015

IMAM MASJID NEGARA DITAMPAR : JEMAAH SOLAT ROYAL RUMBLE TIBAI LAKI WARGA ARAB. INI MALAYSIA LA OI JEMAAH JERGAH !


 Suasana solat Jumaat di Masjid Negara bertukar kecoh apabila seorang lelaki secara tiba-tiba bertindak menampar imam masjid, Mohd Zuhairee Mohd Yatim.

FMT difahamkan, lelaki itu berbangsa Arab telah bertindak sedemikian ketika rakaat pertama.

Kejadian itu mengemparkan seluruh jemaah masjid dan saksi-saksi merakam kejadian dalam bentuk gambar dan rakaman video.
Motif perbuatan lelaki Arab itu tidak diketahui.

Lelaki itu berjaya ditangkap dan ketika cuba dimasukkan ke dalam kereta untuk dihantar ke balai polis, beberapa individu yang marah dengan perbuatan itu telah memukul lelaki berkenaan.

Kejadian itu berjaya dirakam dan dimuatnaik oleh Astro Awani.
Sementara itu, netizen meluahkan kemarahan dan sedih dengan kejadian yang menimpa Imam Masjid Negara itu.

Netizen meluahkan perkara itu di laman Facebook rasmi Masjid Negara Wilayah Persekutuan.

“Allahurabbi ..rasanya amat mendukacitakan…Imam Masjid Negara kene lempang semasa solat jumaat tadi..,” tulis Faizal Ismail.

“Satu peristiwa yang mengejutkan berlaku ketika sedang solat jumaat di rakaat pertama… ku fikirkan mic imam rosak… rupenye ~~~~ merah lebam pipi imam.. Allahu,” tulis Mohd Afif Abd Aziz.

“Sedikit kekecohan berlaku di masjid negara. Imam ditampar (suspek org arab) ketika solat jumaat, terpaksa memberhentikan solat dan solat disambung semula. I’m here (saya di sini),” tulis Mohamad Faizal.

4 comments:

  1. Kalau kita Islam sejati,kenapa jemaah solat Jumaat perlu memukul manusia ini???Itukah yang diajar oleh Islam?

    ReplyDelete
  2. Aku syak si PENGGANAS ni ejen Yahudi ZIONIS/IS (Puak PENGGANAS KANIBAL/PEDOPHILIA IS/ISIS yg. asyik MEMBUNUH umat Islam ldm. GENOSID, ditubuhkan CIA-MOSSADS/ISrael spt. didedahkan oleh bekas perisik Amerika, Snowden yg. MENYAMAQ! Mulai sekarang, MASJID NEGARA dan para ULAMA/PEMIMPIN Islam/Melayu amat PENTING kita mesti diKAWAL KETAT oleh PDRM!

    Tengok kes pemimpin NGO Islam/Melayu, Allahyarham Arzurizan Abdul Rahman, yang baru diBUNUH dgn. amat KEJAM, sebaik selepas Perhimpunan Rakyat/Melayu BERSATU! Ini mesti diSIASAT segera oleh PDRM/KPN!

    Nek Tempoyak.

    ReplyDelete
  3. sah kalau tak syiah ini mesti wahabi yg memang tak suka imam baca bismillah diawal surah fatihah..kata puak wahabi baca bismillah diawal surah fatihah tu bidaah.

    ReplyDelete
  4. Kalau dia dalam keadaan waras... tentu dia tidak bertindak sedemikian Ada kemungkinan dia di posess jin yg sememangnya boleh berlaku. Jika benar, dia perlukan bantuan pemulihan juga selain didakwa.

    ReplyDelete

KOMEN JANGAN HINA AGAMA DAN PERKARA SENSITIF. AKU TAK TANGGUNGJAWAP KALAU KORANG KENA.