Sunday, 6 September 2015

LAPORAN TAMBAHAN KERUSI DUN SARAWAK AKAN DIBENTANG DI PARLIMEN OKTOBER INI.


Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Nancy Shukri berkata, laporan akhir persempadanan semula bahagian-bahagian pilihan raya negeri Sarawak akan dibentangkan di Dewan Rakyat Oktober ini.
Ia bagi membolehkan 11 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang baharu diwujudkan, mendapat kelulusan dan diwartakan.
“Petunjuk utama ialah selepas membentangkan kertas persempadanan semula di Parlimen Oktober ini untuk mendapatkan persetujuan majoriti mudah.
“Kami dibayangkan Ketua Menteri (Tan Sri Adenan Satem) akan memanggil PRN seawal-awalnya yang boleh,” katanya selepas menghadiri mesyuarat Wanita Barisan Nasional (BN) di ibu negara, Selasa.
Penambahan 11 kerusi DUN baharu jika diluluskan akan menjadikan keseluruhannya 82 kerusi DUN dipertandingkan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-11.
Sekaligus kenyataan Nancy mengecilkan lagi tempoh masa bila PRN Sarawak akan diadakan iaitu antara hujung Oktober dan 20 Jun 2016.
Nancy yang juga Setiausaha Wanita BN Sarawak berkata, sayap itu telah siap siaga untuk menghadapi PRN yang mungkin dipanggil bila-bila masa.
“Persediaan kami telah sedia, seolah-olah esok ialah pilihan raya negeri Sarawak,” katanya.
Ketua Menteri Sarawak minggu lalu dilaporkan berkata, beliau telah menetapkan tarikh untuk mengadakan PRN.


1 comment:

  1. Jumlah baru kerusi islah 82.
    Jika berlaku stalemate, siapa akan jadi KM ?
    Bukan ke jumlah kerusi sepatutnya ganjil utk mengelakkan staelmate ?

    ReplyDelete

KOMEN JANGAN HINA AGAMA DAN PERKARA SENSITIF. AKU TAK TANGGUNGJAWAP KALAU KORANG KENA.