Monday, 7 September 2015

MCA TOLAK HIMPUNAN MELAYU PAD 16 SEPTEMBER.


MCA hari ini menolak Himpunan Rakyat Bersatu yang dikatakan bersifat 'anti Low Yat', dijadualkan berlangsung di ibu negara tidak lama lagi. 

Presidennya, Datuk Seri Liow Tiong Lai, berkata perhimpunan itu yang tidak dikenal pasti penganjurnya, boleh menggugat ketenteraman dan keharmonian kaum di negara ini. "Ia boleh membawa kesan negatif kepada hubungan antara kaum yang telah terjalin," katanya selepas merasmikan Konvensyen Tahunan MCA Wilayah Persekutuan di Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Cina Wangsa Maju di sini. 

Bercakap kepada pemberita dalam bahasa Mandarin, beliau berkata: "Kita bimbang perhimpunan itu akan mengeruhkan perpaduan kaum. Bukan mudah untuk membinanya, tetapi dalam masa sehari, sekejap sahaja boleh runtuh. "Oleh itu kita mahu pihak berkuasa menyiasat mengenai perhimpunan berkenaan atas faktor-faktor keselamatan." 

Media melaporkan Himpunan Rakyat Bersatu itu dijadual berlangsung pada 16 September dan 10 Oktober di Bukit Bintang dan Jalan Petaling. 

Perhimpunan itu diadakan sebagai tindak balas dan protes terhadap perhimpunan Bersih 4.0 yang dikatakan mengganggu perniagaan di kawasan tumpuan orang Melayu di ibu kota. 


- BERNAMA


4 comments:

  1. MCA tolak perhimpunan Melayu 16September 2015 tetapi tak tolak BERSIH-4 yang dianjurkan DAP.

    ReplyDelete
  2. Nah, siapa itu MCA, kerusi mereka pun dimenangi atas dukungan pengyndi Melayu, pengundi cina...!! semua sudah tendang MCA dari kawasan majority cina. Jadi mengapa pula dia sangat lnatang bersuara menyebelahi DAP.
    Ngo Ngo Melayu harus jangan pedulikan MCA ini , mereka saja nak tunjuk meraka ada suara dlm kerajaan, tetapi hambar...malulah, kalau betul nak perjuangkan keadilan, beri laluan kpd Himpunan Maruah Melayu diadakan di Low Yat. Mengapa pula himpunan yg dipelopori cina bole diadakan, tetapi bila Melayu mahu tunjuk solidarity, mengapa harus di sekat.
    Kalau bagini mana adil.

    ReplyDelete
  3. cina boleh. melayu tak boleh.

    ReplyDelete
  4. Malaysia ni tak de kerajaan lg ke? Keamanan rakyat pun tak mampu ursukan!!!

    ReplyDelete

KOMEN JANGAN HINA AGAMA DAN PERKARA SENSITIF. AKU TAK TANGGUNGJAWAP KALAU KORANG KENA.