Thursday, 3 September 2015

PAS NAK KEKAL DALAM KERAJAAN SELANGOR : DAP SELANGOR AMACAM ? LU KEKAL LU HIPOKRIT LA !


Pas Selangor yakin kedudukan parti itu dalam kerajaan negeri tidak akan terjejas walaupun dua Ahli Dewan Undangan Negerinya (ADUN) menyertai Parti Amanah Negara (PAN).
Setiausahanya, Mohd Khairuddin Othman menafikan spekulasi bahawa parti Islam itu akan disingkirkan daripada kerajaan negeri apabila Pakatan Rakyat 2.0 ditubuhkan.
“Kita masih dalam kerajaan dan berubahnya dua wakil rakyat kita itu (ADUN Hulu Kelang dan ADUN Morib) tidak menjejaskan pentadbiran parti.
“Malah penubuhan Pakatan Rakyat 2.0 hanyalah khabar angin dan belum berlaku lagi, kalau berlaku kita akan membuat pendirian pada waktu itu.
“Saya sangat yakin kedudukan Pas Selangor akan kekal dalam kerajaan dan semua EXCO (Ahli Majlis Kerajaan Negeri) kita masih bergerak seperti biasa,” katanya ketika dihubungi FMT.

No comments:

Post a Comment

KOMEN JANGAN HINA AGAMA DAN PERKARA SENSITIF. AKU TAK TANGGUNGJAWAP KALAU KORANG KENA.