Thursday, 10 September 2015

RAMKARPAL BUKTIKAN AZMIN ALI TIADA KEKUATAN DAN KEMAMPUAN BUAT KEPUTUSAN !



Ahli Parlimen DAP meminta Menteri Besar Selangor, Azmin Ali menyatakan pendirian sama ada Parti Keadilan Rakyat (PKR) akan bekerjasama dengan PAS jika pakatan Pembangkang baru diwujudkan.



Ahli Parlimen Bukit Gelugor Ramkarpal Singh berkata, Azmin perlu membuat pilihan sama ada bekerjasama dengan DAP atau PAS kerana hubungan kedua-dua parti itu tidak lagi sehaluan.

"Azmin perlu pilih untuk bekerja dengan yang mana satu pada masa akan datang, kerana tidak lagi realistik untuk pakatan antara DAP dengan PAS," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Kenyataan tersebut dikeluarkan selepas berlaku 'perang' di media sosial antara Azmin dengan Penolong Setiausaha Publisiti DAP, Teo Nie Ching berikutan kesediaan Azmin untuk bekerjsama dengan PAS.

Ramkarpal berkata, kenyataan Azmin itu tidak tepat kerana ketegangan dalam Pakatan Rakyat yang membawa kepada perpecahan pakatan rakyat berpunca daripada Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.



Beliau berkata, tindakan Hadi bukan sahaja mencetuskan kontroversi dengan DAP tetapi juga dengan ahli-ahli partinya sendiri yang bertindak membentuk Parti Amanah Negara (PAN).

Sumber Link

5 comments:

  1. senang je azmin, kamu nak tolong melayu atau cina, joint pas - melayu akan kau jaga ,pas dan pkr tetap kuat di selangor,perdulikan cina dap tu,tak kemananya , mereka hanya menggunakan melayu untuk berkuasa,tapi melayu tak pernah ambil tau tujuan mereka.mereka terlalu ego sekarang dengan kuasa yg diperolehi dengan bantuan melayu.tidak rugi tinggalkan mereka ,percayalah.mereka menghasut agar melayu berpecah belah,tetapi melayu tak sedar. dap solid dengan sokongan cina, melayu dah berpecah 4,umno,pas,pkr,pan. berapa % melayu dalam satu kumpulan itu dibandinkan gengan % dap?.keci dan melayu akan lemah. ini yang mereka inginkan. .jadi kamu ingin membantu melayu atau cina dap?.menghancurkan kuasa meklayu sebagai pengkhianat bangsa dengan bekerjasama dengan cina dap yg terang-terang anti islam dan melayu.

    ReplyDelete
  2. Tongkang dah Pecah. Tunggu apa lagi terjun!...

    ReplyDelete
  3. Azmin nk pas bersama pr 2.0 sebab azmin tau tanpa pas berkubur lh P arti K eluarga R osak.
    BAIK.......ADA MAKNA

    ReplyDelete
  4. jangan terlepas pandang wayang azmin..permintaan utk bersama dng pas..adalah pekiraan politik semata2..kalau pas termakan maksudnya pas..gagal memahami permainan politik azmin..

    ReplyDelete
  5. Azmin, anda orang melayu dan beragama islim. Apakah tidak ada sekelumit pun dalam hati anda sifat tolong bangsa sendiri? Bersatu lah dengan PAS di Selangor . Yakinlah anda akan tetap berkuasa sebagai MB Selangur kalau anda memilih PAS sebagai sahabat dalam politik Selangor. DAP tak kemana. Mereka cina yang ingin melihat melayu tersingkir dari Tanah Melayu ini.Lihat kiri dan kanan, di akhir2 ini apa cina buat pada bangsa kita?

    ReplyDelete

KOMEN JANGAN HINA AGAMA DAN PERKARA SENSITIF. AKU TAK TANGGUNGJAWAP KALAU KORANG KENA.