Wednesday, 9 September 2015

TINDAKAN PENYOKONG ULTRA MALAYA ADA SEBABNYA.. ! MEREKA PROTES FAM !



game malam tadi amat baik.

buat pertama setelah beberapa lama, semua player main mati-matian.

game malam tadi memang itu yang selama ini dikehendaki oleh penyokong.

sampai minit 70 kita masih seri kosong kosong dengan saudi.

kita dapat gol pertama.
kemudian kita seri dan akhirnya saudi lead 2-1.

ini hakikat game. terima kalah dan menang.

walaupun kalah, tapi kalah yang puaskan hati penyokong.

kalau dengar betul-betul bila masuk 2nd half, ultras malaya NYANYI SEKUAT HATI.

mereka nyanyi balun FAM. kaw kaw maki...

tindakan baling mercun dll manifestasi berontakan perasaan. biasalah. 

fokus dan isu di sini adalah FAM. ranking makin hancur. kita dah nak sama dengan bhutan..

HARAP PAHAM FAM.. KEDUDUKAN 168 RANKING DUNIA BUKAN MAKNA MAKIN BESAR NOMBOR MAKIN HEBAT KITA..

salah pemahaman tu..

belahlaaaaa... korang dah tak boleh dahhh.... 

7 comments:

  1. Apa pun yang nak dibuat tunggulah sehingga tamat perlawanan. Selagi masih dalam perlawanan semua masih tertakluk dalam peraturan dan undang-undang AFC dan FIFA. Tindakan seperti ini hanya memalukan nama negara yang dah sedia malu itu dan tindakan dari FIFA diharapkan tidak akan merugikan bolasepak negara. Apakan daya tindakan seperti ini seperti sudah menjadi tindakan biasa untuk mereka melanggar peraturan hanya kerana semata-mata mengikut perasaan. Kita semua kena ingat bahawa matlamat tidak menghalalkan cara.

    Menonton perlawanan bolasepak bukan hanya untuk melihat siapa menang atau kalah sahaja tetapi melihat seni bolasepak itu sendiri semasa perlawanan berlangsung. Dari situ kita akan dapat melihat samada pasukan kita bermain baik atau lawan kita bermain lebih baik.

    Kepada FAM tepuk dada tanya selera bukan hanya kepada kepimpinan sedia ada tetapi juga kepada kepimpinan yang akan datang dan juga kepimpinan peringkat FA Negeri dan Kelab Bolsepak yang hakikatnya menyumbang juga kepada kemerosotan yang berlaku dengan hanya menumpukan kepada persediaan semasa pasukan untuk kejayaan sekelip mata dan mengabaikan pembangunan akar umbi bolasepak itu sendiri. Paling penting persediaan mental dan psikologi yang amat teruk dan dilupakan kepentingannya. Itulah yang berlaku apabila setelah mendahului dalam masa 6 minit terus ketinggalan pula pada Arab Saudi. Kepada Allah Kita Berserah.

    ReplyDelete
  2. ni nak komen sikit. korang setuju ke bantah hak koranglah. pasal khairy jamaludian, si menteri belia tu. presiden fam dah nyatakan hasrat nak berundur kerana tak tertahan menanggung malu di buli uae 10-0. pada aku, biarlah presiden berundur. dan seboleh-bolehnya biarlah segala tok nenek kepimpinan fam dirombak dan distruktur semula. pada akulah, sebagai penyokong sukan negara, bila ada jenama sultan ke, tengku mahkota ke dalam kepimpinan sukan akan menyebabkan kebebasan beridea, pandangan dan komen kepada fam tidak dapat dikeluarkan secara telus. maklum sahaja berhadapan dengan kerabat raja. semuanya kena manis dan bersari.
    sewajarnya khairy kena biarkan sahaja hasrat presiden fam. itulah hasrat dan keinginan rakyat dan peminat sukan bola sepak malaysia. jika ada hasrat sebegitu bagus cuba dihalang oleh khairy, maka apa yang telah berlaku kepada pasukan malaysia akan kekal begitu. jangan harap ranking akan berubah, kalau berubahpun, mungkin rangking makin terperosok. kepada sdr khairy, jangan memandai sangat tahu semua serba serbi. mungkin program fit andalah otainya, tetapi dalam bolasepak masih banyak ilmu pengurusan yang anda belum masak. berbagai pandangan dari penggiat sukan, pemain malah jurulatih telah dilontar, tinggal lagi tidak diambil kira langsung oleh kepimpinan fam. jadi, biarlah lepas ini akan wujud 'the new fam', macam mas jugak.... amacam, jadik?

    ReplyDelete
  3. Yang komen & yg "brontak" tu hebat sangat ke main bola? Cubalah nasib sertai skuad bola negara. Kalau teepilih tuah badan ler. Mana sifat dan sikap sabar anda semua (jika anda orang Islam). Bagi manusia yg x ada sikap/sifat sabar, anda lebih teruk dpd "an an am" (Binatang peliharaan yg memang x ada otak langsung, kecuali nafsu sahaja)

    ReplyDelete
  4. Org lain pn byr tiket jgk..ade yg bwk anak pegi stadium semata2 nk bg semangat team msia yg kene 10-0 dgn UAE.. Ultras konon.. Anda tidak mewakili kami penyokong2 msia.. Boddo..

    ReplyDelete
  5. bebudak msia ni manja sangat..ko tengok palestine..negara perang..
    kalau org kita la tengok kehancuran negara org pun dah ada perasaan tak larat
    belum lagi mengalami dan duduk di negara begitu
    bebudak palestine mmg bermental kuat
    negara huru hara
    bolasepak adalah cara dia org melepaskan tekanan dan menunjukkan seni mereka atas padang
    setakat perang dia blh hadapi,apa la sangat main bola dgn budak manja negara mcm msia ni
    mmg pahit bro
    baca luahan aku ni pun blh menanah telinga dengar
    mcm tu gak negara2 bangla dan negara membangun lain
    negara mcm2 masalah..bola mcm satu cara utk dia org lepaskan perasaan n release tension
    mentaliti survival depa kuat
    negara maju lain yg kuasa bolasepak dunia mcm germany,holland,spain
    walaupun negara dia lagi maju dari kita tapi pemain depa tak la manja mcm bebudak kita ni
    secara serius..aku dah malas mengikuti bola kita ni dah 25 tahun dah...
    penyelesaiannya bolasepak kita kena dibubarkan je
    bebudak kita ni kita latih main futsal je
    itu je selayaknya utk kita
    permainan padang kecil seolah2 utk bebudak sekolah rendah
    blm layak main padang besar
    futsal memerlukan fitness tinggi..pergerakan lebih laju...stamina kena tinggi
    semua padang bola saiz biasa kita tukar ke gelangang futsal
    latih dari basic
    bola sepak biasa kita bubar utk 5-10 tahun sebelum msia buat comeback dlm bolasepak antarabangsa
    cari bebudak sekolah asrama penuh n student university yg ada kepala otak sikit utk main futsal ni dan seterusnya main bolasepak akan dtg..
    fizikal 5kaki 9 inci keatas..
    bebudak sekolah asrama penuh dan universiti ni selain ada fizikal n otak yg cekap utk bolasepak zaman baru ni..
    mereka ni seperti yg slogan kata "badan yg sehat,minda yg kuat"..
    train dia org main futsal je..basic bolasepak
    bila bebudak ni excel dlm pelajaran n sport bolasepak ni,tiba masa dia bersara dari sukan ni dia takkan menyusahkan FAM sbb..
    dia ada kelulusan,corpoate company pun tak malu nak ambil mereka kerja
    bagi dia org gaji ikut cap dia org wakili negara..
    lagi banyak cap mewakili negara,lagi tinggi elaun mereka
    mcm bebudak hoki negara kita..siap ada pencen..dan pencen ni pun bergantung kpd cap mereka
    baru la player bermatian2an nak wakili negara
    mgt FAM mmg tak blh fikir bebenda mcm ni
    simple..
    start dev sukan futsal dulu
    ban bola msia utk perlawanan antarabangsa utk 5-10 tahun
    pilih bebudak universiti n boarding school(zaman aku sekolah dulu pun tahun 80an yg mendominasi sukan bola,ragbi dll ialah bebudak boarding school ni)
    pilih fizikal yg 5kaki 8inch ke atas..player yg saiz mcm yap wai loon dulu tu lupakan la
    kalau setakat average tinggi 5kaki6in main dgn team europe mcm seolah2 bebudak sekolah team under 18 lawan team under 12 la..itu je..takkan tu pun tak faham FAM ooi

    ReplyDelete
  6. Tak heran lh bro,,,kena 20-0 pun takpe,,,bukan boleh bawa masuk kubor pun,,,pasal bola pun nak kecoh,,,

    ReplyDelete

KOMEN JANGAN HINA AGAMA DAN PERKARA SENSITIF. AKU TAK TANGGUNGJAWAP KALAU KORANG KENA.