Wednesday, 21 October 2015

KERAJAAN AKAN JAWAP ISU DANA DALAM SESI PARLIMEN INI.



KUALA LUMPUR - Putrajaya akan menjawab soalan-soalan di Parlimen mengenai RM2.6 bilion yang didepositkan ke dalam akaun peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, demikian kata Datuk Seri Azalina Othman Said. 

"Soalan ini akan dijawab serentak dengan semua soalan-soalan lain yang mempunyai makna yang sama, pada suatu tarikh yang akan ditetapkan kemudian pada persidangan ini," kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said dalam jawapan bertulis kepada Lim Guan Eng ( DAP-Bagan) dan Lim Lip Eng (DAP-Segambut). 

Kedua-dua Ahli Parlimen pembangkang itu telah mengemukakan soalan yang sama mengenai wang, termasuk asal-usulnya, bagaimana ia digunakan, penerima dan baki dana. 

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebelum ini ada menjelaskan bahawa RM2.6 bilion itu merupakan sumbangan politik daripada penderma Timur Tengah. 

3 comments:

  1. wassalam. eden ado satu komen. Dah mual dongan corito 1MDB ni. dan duit 2.6 bilion tu. Rakyat modorito hargo barang naik tol naik minyak naik apo lagi nak naik? Hargo kahwin pun naik semuo salah siapo-the clueless man. Therefore, minister in PM dept. please lah stop all this nonsense and let the task force appointed when Gani Pataial was AG to resume. The current AG seems to have afull hands and he does not know what to do. Now shootning at BNM for no reason.Wake up people at Putrajaya.

    ReplyDelete
  2. macamana hang jawab bagi pehak najib bugis,hang bukan tau kemana duit tu lesap..kalau betul pun jawapan tu orang takkan percaya kerana hang mesti tanya juga kat najib,dah tentu najib bohong hang!!!
    kesimpulan semua jawapan hang ...bohong..najib bohong hang..hang bohong rakyat

    ReplyDelete
  3. Dah dermaa..lantaklah..dia huna utk melayu dan bangunkan tolong masjid..buat jugak sekolah kt kd tu.sikitlah derma 2.6 billion tu.kalau 26 billion masuk pun apa kesahh??dah derma!
    Kalau kawan kau bank in sbb dia tiba2 kaya.dan bagi 2 juta kat kau..org tanya2 kau duit tu..kau rasa?
    masuk akaun kau takpelah kannn??haha

    ReplyDelete

KOMEN JANGAN HINA AGAMA DAN PERKARA SENSITIF. AKU TAK TANGGUNGJAWAP KALAU KORANG KENA.