Saturday, 3 October 2015

NGO BANTAH LARANGAN PENGGUNAAN LOUD SPEAKER DI LUAR MASJID DAN SURAU DI PENANG !


Gabungan NGO Islam Pulau Pinang (GNIPP) hari ini menghantar memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah bagi membantah keputusan larangan penggunaan pembesar suara luar masjid dan surau di Pulau Pinang.

Setiausahanya Ahmad Yakqub Nazri berkata sebagai ketua agama Islam negeri berkenaan, GNIPP memohon Seri Paduka supaya tidak memperkenankan larangan itu yang akan diwartakan kerajaan Pulau Pinang tidak lama lagi.

Katanya larangan itu bertentangan dengan semangat dan amalan Perlembagaan Persekutuan yang menyatakan Islam adalah agama rasmi.

"Maka, patik dengan ini memohon perkenan Tuanku Abdul Halim untuk menerima memorandum bantahan ini serta tidak memperkenankan keputusan kerajaan Pulau Pinang bagi memastikan agama Islam terpelihara dan dapat dikembangkan syariatnya," katanya kepada pemberita selepas menyerahkan memorandum itu kepada seorang pegawai Istana Negara di bilik pengawal keselamatan Istana Negara di Kuala Lumpur.

Turut hadir Setiausaha Agung Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) Zambri Mohd Isa dan anggota jawatankuasa Perkasa Pulau Pinang Ahmad Ikhwan Nazri.

Larangan penggunaan pembesar suara itu dinyatakan melalui surat Jabatan Mufti Negeri Pulau Pinang bertarikh 1 September lepas berhubung keputusan mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang bertarikh 1 dan 2 Julai.

Mengikut larangan itu, penggunaan pembesar suara dalaman sahaja dibenarkan bagi program dan aktiviti masjid dan surau kecuali untuk azan dan iqamah.

Di Pulau Pinang, Anggota Parlimen Kepala Batas Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata adalah lebih baik jika Jabatan Mufti Negeri dapat menjelaskan perkara itu susulan kekeliruan berhubung peraturan baharu itu.

Solidariti Anak Muda Malaysia (Samm) Pulau Pinang pula mahu rakyat negeri itu menghormati keputusan dan pendirian Majlis Fatwa Pulau Pinang.

Penyelaras Samm Pulau Pinang Aidil Ibrahim berkata keputusan yang dibuat itu bukan keputusan politik di bawah pengaruh kerajaan negeri sebaliknya oleh Jawatankuasa Majlis Fatwa Pulau Pinang yang dipengerusikan Mufti Datuk Wan Salim Mohd Noor. – Bernama, 2 Oktober, 2015.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/ngo-bantah-larangan-guna-pembesar-suara-di-luar-masjid-surau-di-pulau-pinan#sthash.rdJHmQgO.dpuf

2 comments:

  1. Sejak bila samm tau mhormati org. Byk ahli nye kurang ajar.

    ReplyDelete
  2. Pertama kali DAP arahkan tidak boleh baca alquran menggunakan pembesar suara luaran mesjid sebelum subuh, sekarang hanya azan dan iqamat dibenarkan dan lain-lain aktiviti seperti kuliah, akad nikah, qiamulail dan lain-lain lagi tidak dibenarkan. Ini sudah 95% selari dengan Di Spork. ADAKAH penduduk maJoriti Malaysia setuju dengan arahan mufti Penang. Saya amat pasti ianya tekanan / diarahkan oleh Ketua Komunis Penang untuk mengambil hati pengikut Cina DAP.

    ReplyDelete

KOMEN JANGAN HINA AGAMA DAN PERKARA SENSITIF. AKU TAK TANGGUNGJAWAP KALAU KORANG KENA.