Wednesday, 25 November 2015

AZMIN DITEKAN : KRISIS POLITIK SELANGOR BAKAL MEMUNCAK !


Parti Amanah Negara (AMANAH) Selangor sudah memaparkan sikap rakus mahukan kedudukan dan kuasa dengan menuntut keanggotaan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) di negeri itu pada lantikan akan datang.
“Amanah mempunyai tiga Anggota Parlimen dan dua Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) di Selangor.
“Bagaimanapun berapa jumlah kerusi ahli majlis dan JKKK yang akan diberikan kepada Amanah hanya ditentukan selepas perbincangan mengenainya selesai dalam masa terdekat ini,” kata Pengerusi Amanah Selangor, Izham Hashim.

Menurutnya, lantikan itu kelak adalah pengiktirafan kepada Amanah sebagai parti politik yang bersama-sama membentuk Pakatan Harapan dengan PKR dan DAP.

AMANAH katanya, sedang mengadakan beberapa perjumpaan bersama pemimpin kerajaan negeri dan pemimpin daripada DAP bagi membincangkan kuota yang akan diberikan kepada parti itu dalam pembahagian jawatan JKKK dan jawatan Ahli Majlis Kerajaan Tempatan.

Kesemua Ahli Majlis Kerajaan Tempatan Selangor akan tamat kontrak perkhidmatan mereka penghujung tahun ini.
Beliau bagaimanapun enggan mengesahkan sama ada jumlah keanggotaaan AMANAH itu akan diambil daripada kuota keanggotaan wakil parti PAS.
Yang pasti, kerajaan negeri Selangor yang juga terdiri dari wakil PAS pastinya akan berkocak lagi selepas sebelum ini dipertikaikan DAP lantaran PAS tidak menganggotai Pakatan Harapan (PH) membabitkan DAP, PKR dan AMANAH.
Minggu lalu, PAS mengarahkan semua lebih seribu ahli parti itu yang menganggotai JKKK di Pulau Pinang meletak jawatan susulan 300 daripada mereka sebelum itu dipecat kerajaan DAP Pulau Pinang dengan alasan PAS tidak menyokong Pakatan Harapan.
Tindakan itu juga menyebabkan PAS mengisytiharkan parti itu sebagai pembangkang di Pulau Pinang.
BNBBC

No comments:

Post a Comment

KOMEN JANGAN HINA AGAMA DAN PERKARA SENSITIF. AKU TAK TANGGUNGJAWAP KALAU KORANG KENA.