Wednesday, 18 November 2015

CUBA BAGITAU.. PARTI MANA YANG PANAS TU SALAHUDIN ?


 Sambutan luar biasa terhadap Parti Amanah Rakyat (Amanah) antara faktor menyebabkan parti itu dicemburui.
Timbalan Presidennya, Salahuddin Ayub berkata, meskipun usiannya baru mencecah dua bulan, pihaknya telah memproses 50,000 borang permohonan dan 150,000 lagi akan diedarkan ke seluruh negara.
“Di samping itu, pihak sekretariat pula sedang bekerja keras memproses permohonan keahlian yang telah mencapai 50 ribu disamping menunggu 150 ribu borang keahlian yang telah diedarkan ke seluruh negara. Hasrat untuk Amanah mencapai 100 ribu ahli sebelum akhir tahun ini akan menjadi kenyataan insya-ALLAH,” katanya dalam kenyataan yang dipetik daripada Sinar Harian Online.
Jelasnya lagi perjuangan yang berteraskan dasar Islam “Rahmat Untuk Semua” di samping pendekatan yang Progresif, Inklusif dan Peduli , telah menyakinkan rakyat negara ini.
Bahkan, ia turut mendapat perhatian banyak pihak termasuk dijemput menghadiri pelbagai forum di peringkat antarabangsa.
“Mungkin kerana inilah ada golongan atau pihak yang rasa resah dan iri hati dengan kewujudan dan kejayaan Amanah.
“Cubaan paling lucu dan nakal ialah melagakan gaya kepimpinan saya dan Mohd Sabu. Kononnya saya pro PKR dan Mohd Sabu terlalu pro DAP. Amat menjengkelkan bukan? ,” sindirnya.

4 comments:

  1. HEBAT HEBAT....BIARKAN LUNCAI TERJUN DENGAN LABUNYA

    ReplyDelete
  2. Kalau betul Amanah. Lucutkan jawatan MP( Adun atau Anggota Parlimen) yang dapat masa menggunakan Logo atau lambang PAS. Inikah pemimpin Islam yang patut kita sanjungi atau ikuti. Fikir-fikirkanlah.

    Saat Jais
    https://saatjais.wordpress.com

    ReplyDelete
  3. Perjuangan yang berteraskan Islam??

    Ini jenis Islam yang mengHalalkan berzinah dengan Isteri orang, Mendubur, Menfitnah dan segala Men.

    Komferm ramai Melayu Senget yang support.

    ReplyDelete
  4. Parti tak amanah,pemimpin yg tak amanah langsong,perampas hak Pas.

    ReplyDelete

KOMEN JANGAN HINA AGAMA DAN PERKARA SENSITIF. AKU TAK TANGGUNGJAWAP KALAU KORANG KENA.