Wednesday, 11 November 2015

HUDUD ( PINDAAN ENAKMEN JENAYAH ) BOLEH DIBENTANG DAN HUDUD MULA DITENTANG.


ada 2 perkara menarik yang berlaku minggu lepas.

pertama 

mahkamah menolak permohonan 4 melayu untuk melarang pas daripada membawak isu pindaan enakmen jenayah  kelantan ke parlimen.

Kes Klarifikasi untuk permohonan defendan untuk Striking Out dan Notis Permohonan untuk injunksi plaintif-plantif memohon untuk suatu perintah agar defendan-defendan dihalang dari memasukkan usul untuk meminda akta 355 dibentang di Parlimen yang akan membolehkan bidang kuasa Mahkamah Syariah dari RM 5000 denda, 6 sebatan dan 3 bulan penjara diangkat kepada kuasa yang lebih tinggi.

Mahkamah telah memutuskan Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang bertindak betul di Parlimen dengan peranannya sebagai Ahli Dewan Rakyat.

Saman ditolak. Bahasa mudahnya, Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang menang lagi.

maknanya jalan lurus dan luas terbentang luas untuk pas untuk bentang bil  ( persendirian ) di parlimen.

ke dua.

mat sabu dan rakan bekas pimpinan pas yang tewas dalam pemilihan yang akhirnya menubuhkan PAN, secara terbuka AKAN MEMBANTAH SEBARANG TINDAKAN PAS UNTUK BENTANG BIL HUDUD ( PERSENDIRIAN ) DI PARLIMEN.

aku bila tengok benda ni teringat pesan orang lama.

kalau nak buat benda, apa jugak benda jangan terlalu berlebih-lebihan.

mat sabu adalah orang yang paling galak mengganyang umno bilamana mnyentuh bab hudud dan negara islam.

ceramah beliau kalau tak sebut 'umno menentang hudud' mesti tak sah ceramahnya.

namun dalam selit dan bercakap bab hudud, mat sabu secara halus akan sebut khomeini dan ahmedinijad.

ini propaganda separa sedar. kata m zain dalam watak nya labu, halus halusan.

hari ini manusia yang dulunya paling galak memfitnah pimpinan umno menolak hudud...

KINI DIA SUDAH JADI PENENTANG HUDUD !


5 comments:

  1. Nak sangat makan babi dengan DAP kan, nah!! Tuhan dah izinkan

    ReplyDelete
  2. Hudud adalah senjata pas ciptaan hadi..bak kata duke " orang sambut raya pasang lagu dendang perantau tapi pas setiap kali pilihanraya pasang lagu hudud".
    Bila hukum Allah diputarbelitkan oleh pas..akhirnya memakan diri pas sendiri..ternyata hudud pas tidak mampu menyatupadukan ahli pas dan akhirnya porak peranda. hudud pas hanya mampu menyelamatkan hadi seorang saja, itupun jika dia masih ada kesempatan untuk perpaut pada umno.

    ReplyDelete
  3. Orang PAS tuduh UMNO tolak hudud makna nya sama dia kata UMNO kafir kerana tolak hudud bermakna tolak Alquraan=tolak Islam. Sedangkan orang UMNO cuma krirtik kelemahan dan pendekatan hudud yang dibawa PAS. banyak dosa orang PAS ni.

    ReplyDelete
  4. lam Quran terdapat 14 sebutan mengenai Hudud(tillka hududdullah) tapi satu pun tidak ada sangkut paut dengan apa yang di cadangkan oleh PAS PIS PUS.Kebanyakan cadangan Hudud PAS PIS PUS datangnya dari Bible dan theologi Yahudi lama

    ReplyDelete
  5. mat sabu bukan siapa2 dalam parlimen. dia bukan ada kerusipun....hahahaha. nak gempak boleh, dalam parlimen mat sabu tiada kerusi, malah berdiripun tiada tempat. jangan pedulilah pada gertakan mat sabu. undi pasti kalah. pas + umno bn = menang.

    ReplyDelete

KOMEN JANGAN HINA AGAMA DAN PERKARA SENSITIF. AKU TAK TANGGUNGJAWAP KALAU KORANG KENA.