Monday, 23 November 2015

IZAH KIRAM TERUS DITIBAI..


“Saya sayangkan ayah tetapi saya tidak sanggup berjumpa dengan penganas,” kata Rosnah Abdul Rashid Shirlin yang merujuk pertemuan Nurul Izzah Anwar dengan Jacel Kiram.
Timbalan Menteri Kerja Raya itu menegaskan, perbuatan Izzah berjumpa dengan anak pengganas demi membebaskan bapanya, Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah tidak wajar dan tidak boleh diterima rakyat Malaysia.
Beliau berkata, ramai rakyat negara tidak dapat melupakan pencerobohan di Lahad Datu yang mengorbankan anggota keselamatan negara dan orang awam.
“Secara peribadi, saya tidak akan melupakan kejadian di Lahad Datu.
“Ramai yang kehilangan orang tersayang dalam kejadian ini, Keluarga kehilangan pencari nafkah, isteri kehilangan suami dan anak kehilangan bapa. Adakah kejadian ini boleh dilupakan?,” katanya di Lobi Parlimen.
Ahli Parlimen Papar itu berkata, ramai rakyat Sabah terkejut dengan isu itu dan mendesak tindakan diambil terhadap Izzah.
“Dia tidak hormat perasaan rakyat Sabah dan jika mereka tidak mahu Izzah datang ke Sabah, saya sokong,” katanya.
Rosnah berkata, ahli politik tidak sepatutnya melakukan perkara itu untuk meraih populariti
“Ini bukan pertandingan populariti. Politik adalah perjuangan untuk rakyat,” katanya.
Katanya, permohonan maaf Izzah kepada rakyat Sabah sudah terlambat kerana bukan mudah rakyat Sabah melupakan perbuatan Ahli Parlimen Lembah Pantai itu.
“Memang mudah meminta maaf dan mengharapkan orang melupakan perbuatannya.
“Dia tahu siapa Jacel Kiram dan peranan ayahnya dalam insiden di Lahad Datu.
“Izzah sudah dewasa dan tahu akibat daripada perbuatannya itu,” kata bekas Ketua Puteri UMNO itu.


3 comments:

  1. Bayangkanlah si BETINA-amat-SIAL -PKRHOMO ni MENGAGUNGkan puak PENGGANAS yang membunuh para perajurit kita yang semuanya dari kaum BUMIPUTERA - yang diCINCANG dengan amat KEJAM; SEDIHnya! Perangai BETINA PKRHOMO ni sebenaqnya mcm. BINATANG BUAS - tapi MENYAMAQ berlagak alim!

    Inilah puak DAJAL PORNO/HOMO, mempermainkan Islam untuk MENIPU dan MERAMPAS kuasa untuk MENJAHANAMkan NEGARA ISLAM kita ni dan MENGGULINGkan sewenangnya pemimpin BUMIPUTERA Islam/Melayu TERCINTA kita, YAB PM DS Mohd. Najib Tun Abd. Razak kita serta legasi GEMILANG Ayahanda beliau, Almarhum PM, Tun Abdul Razak Hussein TERCINTA kita - dasar puak SYAITAN si PKRHOMO/DAPBANGKAI BABI ni! Mcm. si-Madey-satu lagi-puak SYAITAN tu!

    Nek Tempoyak.

    ReplyDelete
  2. Ayah org lain dah meninggal secara terhormat mempertahankan tanah air...bapak dia masih idup..bebas keluar masuk..mcm mcm istimewa berbanding banduan lain...secara terhormat kaaaaa dlm penjara???

    ReplyDelete
  3. Izzah Kiram sorang saja yang ada ayah.. org lain tak ada ayah...

    ReplyDelete

KOMEN JANGAN HINA AGAMA DAN PERKARA SENSITIF. AKU TAK TANGGUNGJAWAP KALAU KORANG KENA.