Monday, 16 November 2015

JAMIL KHIR SEDIA RENTAP DENGAN AKMAL DI MAHKAMAH !

“Saya telah membuat laporan polis dan memberitahu peguam saya untuk mengambil tindakan undang-undang. Saya akan menjawab semuanya di mahkamah. Jumpa kamu (Akmal) di mahkamah,” katanya kepada pemberita selepas membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Putrajaya, di sini pada Ahad.
Dalam laporan polis itu Jamil Khir sekali lagi menyatakan dakwaan dibuat Akmal adalah palsu dengan niat untuk memburukkan imejnya sebagai menteri.
“Dakwaannya bersifat fitnah serta palsu dengan niat menjejaskan reputasi dan maruah saya. Ini adalah satu serangan terhadap hak saya dan tanggungjawab saya sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri.
“Akmal telah melakukan jenayah fitnah apabila menuduh saya dan mengeluarkan kenyataan palsu. Dia perlu disiasat di bawah Seksyen 499 Kanun Keseksaan atau mana-mana undang-undang yang sewajarnya,” jelas Jamil dalam laporan polis dibuatnya.
Pada Jumaat lepas, Akmal mendakwa Jamil Khir telah menyalahgunakan dana Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) ketika melawat ke Minnesota dan Iowa pada Mei 2014 antaranya untuk membeli-belah dan bermain golf.

No comments:

Post a Comment

KOMEN JANGAN HINA AGAMA DAN PERKARA SENSITIF. AKU TAK TANGGUNGJAWAP KALAU KORANG KENA.