Friday, 27 November 2015

KEPADA KALID SAMAD,MAT SABU, DR MARIAH, HANIPA MAIDIN : AZMIN CAKAP PAKATAN HARAPAN TAK DIIKTIRAF DI SELANGOR !


Keputusan tidak mengiktiraf Pakatan Harapan secara rasmi dalam Kerajaan Negeri Selangor adalah langkah yang telah diputuskan oleh Majlis Tertinggi Parti Keadilan Rakyat (PKR).
Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali mendedahkan, keputusan tersebut bukanlah dibuat olehnya, namun, beliau patuh terhadap keputusan itu.
“Kita akan terus memantapkan kerjasama dalam Pakatan Harapan. Dalam masa sama, kita akan meneruskan hubungan dengan Pas begitu sahaja Sabah dan Sarawak.
“Itu keputusan daripada Majlis Tertinggi PKR. Bukan saya sebab saya anggota dan saya patuh kepada keputusan parti,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Kongres Nasional Angkatan Muda Keadilan (AMK) dan Wanita kali ke-11, di Dewan Sivik Majlis Bandaraya Petaling Jaya pada Jumaat.
Beliau berkata demikian, ketika diminta mengulas kenyataan yang dibuat oleh Ketua Pemuda DAP, Teo Kok Seong baru-baru ini, apabila meluahkan rasa kesal bahawa kerajaan Selangor tidak mengiktiraf secara rasmi gabungan pembangkang yang baru, Pakatan Harapan.

http://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2015/11/27/tidak-iktiraf-pakatan-harapan-di-selangor-keputusan-majlis-tertinggi-pkr/

2 comments:

  1. Kita tengok saja ahli2 politik ni berdrama untuk survival masing2. Kita rakyat teruskan hidup harian...majukan diri sendiri. Lagi bagus!!!

    ReplyDelete
  2. Fitnah berleluasa... bimbang bala menimpa kita bukan kerana kezaliman pemimpin yang kita sangka sebaliknya kezaliman kita sendiri kerana ghairah menyebar fitnah... semoga kita sentiasa dipelihara dari melakukan perkara2 yang mengundang kemurkaanNya. Allah yang Maha Mengetahui dan Maha Mengadili. Pasti yang zalim akan diadili . Trust Allah.  Kita sebaliknya jangan tergesa2 dalam setiap tindakan kita. Berhati2 dan berhikmah lah dengan pendekatan menegur dan mengkritik utk kebaikan bersama. Semoga kita tergolong mereka yang mendapat petunjuk dan hidayahNya.

    Al-Ĥujurāt:6 - Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini - dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan.


    *******

     Yūnus:54 - Dan pada masa itu sekiranya tiap-tiap seorang yang berlaku zalim (kepada dirinya sendiri atau kepada orang lain) itu mempunyai segala yang ada di bumi, tentulah ia rela menebus dirinya dengan semuanya itu (dari azab yang akan menimpanya); dan mereka tetap akan merasa sesal serta kecewa manakala mereka melihat azab itu; dan Allah putuskan hukum di antara mereka dengan adil serta mereka tidak akan dianiaya dengan keputusan itu.

    ReplyDelete

KOMEN JANGAN HINA AGAMA DAN PERKARA SENSITIF. AKU TAK TANGGUNGJAWAP KALAU KORANG KENA.