Wednesday, 11 November 2015

KONTROVERSI DEIG : SELCAT BELUM PUTUS UNTUK SIASAT ATAU TIDAK.


11 NOV: Isu sama ada perlu siasatan terhadap Darul Ehsan Investment Group (DEIG), terutama membabitkan tawaran pinjaman bank RM500 juta kepada sebuah anak syarikat kumpulan itu belum diputuskan  Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan Selangor (SELCAT).
Pengerusi SELCAT Hannah Yeoh berkata pihaknya akan berbincang mengenai perkara itu bersama anggota jawatankuasa SELCAT sebelum membuat sebarang keputusan.

“Saya akan berbincang dengan anggota jawatankuasa SELCAT yang lain sama ada perlu menjalankan siasatan ke atas isu itu atau tidak. Perbincangan akan dibuat selepas tamat persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Jumaat ini,” katanya kepada media di lobi DUN, di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas gesaan bekas Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim pada 6 Nov lalu, yang mahu SELCAT menjalankan siasatan menyeluruh berhubung isu DEIG terutama melibatkan dakwaan tawaran pinjaman itu.

Abdul Khalid dilaporkan berkata dalam siasatan itu, SELCAT mesti mengesahkan tiada sebarang unsur salah guna kuasa atau pelanggaran tatacara serta etika pengurusan dan pentadbiran, meskipun DEIG mengaku kewujudan tawaran pinjaman itu yang kemudiannya ditolak.

Pada Rabu lalu, Adun BN Sungai Panjang, Budiman Mohd Zohdi dalam satu sidang media menuntut Menteri Besar Mohamed Azmin Ali memberi penjelasan berhubung tindakan DEIG menerusi anak syarikatnya, DEIG Land Sdn Bhd (DEIG Land) yang didakwa menerima tawaran pinjaman berjumlah RM500 juta daripada sebuah bank tempatan.

Budiman mendakwa pinjaman itu untuk mengambil alih dan melunaskan hutang Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB) berjumlah RM424.7 juta.

Beliau juga mendakwa pinjaman berkenaan dilaporkan melibatkan aset negeri sebagai cagaran termasuk tanah yang melebihi jumlah pinjaman.

Sebelum ini, Ketua Pegawai Operasi DEIG Soffian Affendi Aminuddin dilaporkan mengakui pernah memohon kepada bank untuk pinjaman itu dan menerima tawaran pinjaman berkenaan.

Bagaimanapun, Soffian Affendi berkata cadangan tawaran itu tidak diluluskan di peringkat lembaga pengarah syarikat DEIG.

1 comment:

  1. 1.DEIG dah ada 30 billion kenapa nak pinjam lagi.?
    2. Belum berniaga dah bayar zakat kat suku sakat. Dia berniaga apa belum operasi dan untung?
    3.DAPig tak kan siasat. Sebab macam tony puaka tu dia hanya soal dan orang lain kena jawab. Tapi dia sendiri tak boleh disoal.
    Cam nilah cara DAPig.

    ReplyDelete

KOMEN JANGAN HINA AGAMA DAN PERKARA SENSITIF. AKU TAK TANGGUNGJAWAP KALAU KORANG KENA.