Thursday, 26 November 2015

PENYOKONG AZMIN ALI PANAS HATI DENGAN PAN ???



Assalamualaikum,,,

Pengishtiaran PAN untuk bertanding Parlimen Gombak yang disandang oleh MB Selangor menandakan PAN sudah bersedia untuk menyemak dalam padang poitik negara.Rasanya kajian dan bancian mereka sudah mula nak lengkap, Gombak merupakan destinasi yang pertama.PAN tahu kerusi Gombak secara tradisinya dipersetujui milik PKR yang sekarang disandang oleh MB Selangor.Kenapa PAN pilih Gombak?


Pengishtiaran itu dibuat ketika ceramah perdana PAN di Gombak dan di depan pemimpin PKR serta DAP.Satu pertanyaan yang biasa, apakah pengishtiaran ini mendapat restu dari PKR dan DAP? PAN agak mustahil besar kepala dan mendahului abang besar mereka,DAP, jadi boleh dijangkakan DAP sudah memberi restunya, tetapi bagaimana PKR?

PKR mungkin merestui apa yang dikehendaki PAN dan  bersedia memberi kerusi itu kepada PAN dengan mengorbankan MB Selangor, kemungkinan ini berdasarkan kesefahaman yang ada dalam PH di mana semua parti berkompromi dalam pengagihan kerusi.Tetapi sekiranya pengumuman PAN ini tidak mendapat restu atau persetujuan dari PKR, ada sesuatu yang tidak kena.PAN dengan DAP dibelakangnya sudah mula menyemak dalam PH dan dalam padang politik negara.

Apa yang diperhatikan, pengumuman yang dibuat ini tidak selari dengan apa yang diwar warkan untuk diikuti oleh semua parti komponen PH.Kalau dulu semasa PR, PAS sering disalahkan kerana tidak menuruti apa yang dipersetujui dan sering bertindak bertentangan dengan persetujuan,tetapi kali ini apa yang kita nampak dari pengumuman ini, PAN pula tidak mahu mengikuti apa yang mereka perjuangan ketika menubuhkan PH bersama DAP dan PKR.

Belumpun ada memorendum persefahaman, belumpun ada blue print mengenai pembahagian kerusi pilihanraya dan belum pun ada standard practice instruction untuk ketiga tiga parti itu, tiba tiba PAN mendahului yang lain dengan pengumuman ini.

Pengumuman ini juga mungkin bermaksud memberitahu PKR untuk bertindak ke atas MB Selangor kerana masih enggan mengiktiraf kehadiran PAN dalam kerajaan negeri.Kalau PKR enggan bertindak, maka inilah hukuman yang dijatuhkan.Mampukah PAN menghukum bersendirian? agak meragukan kalau tidak disokong oleh abang besar mereka.Agak lucu memikirkan bagaimana PAN yang semacam budak kecil mula menyemak!

TKO

No comments:

Post a Comment

KOMEN JANGAN HINA AGAMA DAN PERKARA SENSITIF. AKU TAK TANGGUNGJAWAP KALAU KORANG KENA.