Tuesday, 17 November 2015

PERANG SELANGOR MEMUNCAK : TONY PUA DECLARE RAMPAS KERUSI PAS DUN TEMPLER !



Pengerusi DAP Selangor, Tony Pua berkata, parti itu memang berhasrat untuk bertanding di DUN Taman Templer yang kini dikuasai PAS.


Menurutnya lagi, pihaknya serius untuk bertanding di kawasan itu dengan turut menubuhkan sebuah pusat khidmat komuniti DAP Taman Templer.

Bagaimanapun, katanya, keputusan untuk bertanding di kawasan tersebut belum muktamad memandangkan pihaknya akan berbincang terlebih dahulu dengan rakan mereka dalam Pakatan Harapan.

"Kami memang berhasrat untuk bertanding di DUN Templer. Tapi ini bukan keputusan muktamad Pakatan Harapan.

"Kita akan berbincang macam adik-beradik bersama rakan seperjuangan kami dalam Pakatan Harapan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam majlis perasmian Pusat Khidmat Komuniti DAP Taman Templer.
Pua yang juga MP Petaling Jaya Utara berkata DAP ingin bertanding di kawasan itu kerana jumlah peratusan pengundi Melayu dan Cina tidak mempunyai perbezaan yang ketara.

Di DUN Taman Templer, katanya, sebanyak 50.4 peratus terdiri daripada pengundi Melayu, 34.6 peratus pengundi Cina dan 12.8 peratus pengundi India.

4 comments:

  1. Tindakan yang bijak. Memang boleh ambil..sebab jumlah pengundi ditempler penuh penyokong dap.. penduduk cina sudah ramai mendiami perumahan ditempler mengatasi penduduk melayu..

    ReplyDelete
  2. Malaysia ni memang Cina yang berkuasa. Hendak jadikan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan tak boleh, nak buat Sekolah Satu Aliran juga tak boleh. PM sendiri telah menoktahkan isu ini demi hayat politik walaupun para pakar termasuk pakar berbangsa Cina berpendapat hanya dengan satu aliran pembelajaran sahaja perpaduan antara kaum akan cemerlang.

    ReplyDelete
  3. BERBINCANG MACAM ADEK BERADEK???!!!!

    TIU............!!!

    ReplyDelete
  4. parti racist..ternyata dap utk org cina je..parti kompenen bn duduk tang mana pun boleh walaupun letak calon mca atau mic kat majoriti melayu,melayu tetap sokong.

    ReplyDelete

KOMEN JANGAN HINA AGAMA DAN PERKARA SENSITIF. AKU TAK TANGGUNGJAWAP KALAU KORANG KENA.