Thursday, 19 November 2015

PERNIAGAAN TERAS EKONOMI ISLAM PERLU DIJAHANAMKAN PASAL DAH GUGAT DORANG PUNYA !




Pajak Gadai Islam atau Ar-Rahnu masih baru di negara ini. Jual belinya adalah berdasarkan harga emas semasa, bukannya bersandarkan kepada tawaran oleh penerima pajak seperti yang biasa kita tengok di pajak-pajak gadai Cina!


Sekarang ini, lebih ramai yang menggunakan khidmat pajak gadai Islam untuk mendapatkan modal tanpa perlu ditipu lagi kerana upah simpanan yang lebih rendah serta tarikh luput yang lebih anjal selain keuntungan lelongan yang diperolehi semula, tidak lelap begitu sahaja.


Dengan 220 buah Ar-Rahnu YAPEIM di seluruh negara, tidak termasuk lagi Ar-Rahnu Bank Rakyat, keadaan semasa pajak gadai konvensional memang sangat terjejas. Begitu juga dengan perniagaan emas, apabila YAPEIM sedang mengembangkan sayap perniagaannya menerusi penghasilan emas jongkong YAPEIM dan barang-barang kemasnya sendiri.



Secara tidak langsung, dengan harga yang lebih rendah berbanding penawaran oleh kedai-kedai emas besar sedia ada, termasuklah pengeluar-pengeluar jongkong emas seperti Public Gold dan sebagainya, persaingan sengit sedang diberikan oleh YAPEIM kepada penawaran konvensional.


Justeru, perlu ada sesuatu yang dilakukan untuk menghentikan atau mengurangkan kepercayaan kepada badan-badan seperti YAPEIM. Sekaligus menggagalkan persaingan seperti yang dilakukan dalam industri daging halal apabila kartel-kartel berjaya menggunakan Rafizi Ramli untuk menghapuskan NFCorps atas nama penyelewengan dana awam.


Nak serang terus Ar-Rahnu Yapeim, Emas Yapeim atau Yapeim Mart, nampak sangat maksud serangan yang menggunakan muka Akmal Nasir. Jadi, terpaksalah menggunakan helah penyelewengan dalam maksud mencetuskan rasa tidak percaya kepada YAPEIM selain mempertikaikan sumbangan jariah dengan gambaran ianya telah diseleweng dan dijolikan.

Maka, serangan perlu dibuat ke atas Menteri dan YAPEIM secara individu tanpa menyentuh teras perniagaan dan pendapatan YAPEIM. Bila sudah terlalu sibuk bercakap tentang penyelewengan tersebut, maka secara tidak langsung, maksud untuk menamatkan persaingan kepada kartel-kartel konvensional akan tercapai.

2 comments:

  1. serangan skala besar dan berterusan, konsisten dan tidak berperasaan penting untuk membina persepsi yang jahat ada pada kerajaan dan segala mak nenek berkait dengan kerajaan. menteri dan yapeim adalah antara yang penting diserang kerana dengan jahanamnya yapeim maka satu persepsi terbina bahawa kerajaan mengutip duit sedekah daripada penderma untuk mengkayakan kroni dan anak beranak menteri. para penderma kini sudah berkira2 untuk memberhentikan potongan gaji setiap bulan kerana KERJA KOTOR mereka. kini melalui viral media sosial seperti whatsapp dan fb, satu bentuk borang sudah diupload untuk membolehkan sesiapa yang menderma melalui potongan gaji membatalkan ptotongan bulanan. setan sudah bersama mereka, maka senang kerja mereka. yang hairan, ahli jemaah masjid juga amat ramai yang terpengaruh dan mengutuk yapeim. dunia jahat sedang bermaharajalela.

    ReplyDelete
  2. PERBANAYAKKAN LAGI PERNIAGAAN BERTERASKAN KONSEP ISLAM. LINGKUPKAN BISNES KAFIR YG HISAP DARAH DAN TIDAK SYARIAH COMPLIANT. PEDULIKAN SALAKAN MEREKA YG MAKIN TERSEPIT SBB BIZ MEREKA DAH NAK LINGKUP. BANGUN LA MUSLIM MALAY, TAKE OVER OR BUY OVER BISNES DARI ALKAFIRUN NI SEMUA.

    ReplyDelete

KOMEN JANGAN HINA AGAMA DAN PERKARA SENSITIF. AKU TAK TANGGUNGJAWAP KALAU KORANG KENA.