Friday, 20 November 2015

TERMA MANDATORI HAPUS, TAPI HUKUMAN MATI KEKAL.


ikut pada kenyataan yb nancy skukri, terma mandatori akan dilupuskan dalam sesi parlimen secepat mungkin.

terma mandatori akan dilupuskan, walau bagaimanapun hukuman mati terhadap pesalah dadah akan kekal.

ini bermakna, selepas ianya diluluskan parlimen, maka hakim punyai budi bicara untuk menentukan nasib.

hal ini berkaitan dadah.

apa pandangan anda ?
pro dan kontra ?

sila komen..

9 comments:

  1. Sedangkan sekarang hukuman mati mandatori pun masalah pengedaran dadah tak dapat di selesaikan inikan pula hukuman mati tanpa mandatori...

    ReplyDelete
  2. ikut budi bicara.....
    pengedar dadah ni dia tak peduli pun kesan terhadap orang yang beli dadah dari dia serta famili penagih.
    dia tau kaut untung berjuta sambil melancong sana sini je.
    kenapa pula nak perlu budi bicara terhadap orang yang zalim macam ni?

    ReplyDelete
  3. dalam proses memperhalusi dan mempertajamkan kaedah penguatkuasaan dan hukuman kepada pesalah dadah, apa justifikasi terma MANDATORI hukuman kesalahan dadah ini dilupuskan? kini semakin maju dan semakin canggih 'BISNES' dadah ini dijalankan, kenapa mahkamah diberi kuasa semakin longgar? andaian yang boleh dibuat oleh pemerhati ialah, jika kesalahan berat berkaitan dadah telah dapat dibuktikan dan menunggu hakim jatuh hukum maka hakim boleh menjatuhkan hukuman selain hukuman mati kepada pesalah. jika amalan ini semakin luas maka akan tiba masanya HUKUMAN MATI hanya wujud dalam undang2, tetapi tidak akan ada pelaksanaan. percayalah, inilah yang akan berlaku,

    ReplyDelete
  4. assalamualaikum admin...
    nk komen ape kalu komen x pena di. siarkn....hurmmm

    ReplyDelete
  5. Tidakkah terfikir bahwa apabila mandatory dilupuskan
    1. semakin ramai desakan untuk membunuh seseorang akan jadi perkara biasa
    2. menambahkan jenayah pembunuhan sama ada rakyat dari dalam dan luar negeri akan bertambah
    3. semakin ramai mereka kalangan pembunuh menyimpan senjata dengan niat membunuh mangsa.
    4. peguam pembela si pembunuh boleh dapat pendapatan cepat kaya
    5. keturunan masyarakat Malaysia berasal dari masyarakat pembunuh
    disebalik fakta kontra
    1. si mangsa akan jadi target si pembunuh kerana tanpa pembalasan setimpal
    2. kehidupan di Malaysia sentiasa dalam ketakutan ancaman pembunuh
    3. meninggikan gangguan pembunuhan dalam detik-detik keamanan Negara.


    ReplyDelete
  6. lepas ni banyak la PENJUAL & PENAGIH DADAH..

    Jual dadah tak kena gantung mandatori..

    jgn MAIN2 hal ni..Kalau KENA HUKUM MATI pun babaeng2 ni tak takut..

    ReplyDelete
  7. nampak gayanya kerja Yang dipertuan Agong dah diambil alih oleh hakim.
    selama ini hanya Agong jer boleh ampunkan atau tidak.
    jalan halus nak hadkan kuasa Agong..lepas ni akan ada lagi..tengoklah..ahli politik melayu memang bodoh tak nampak permaianan kafir harbi utk hadkan kuasa Agong

    ReplyDelete
  8. hakim boleh dibeli..tapi Agong sapa berani beli? makin carcamarba undang2 kat malaysia ni

    ReplyDelete
  9. Kalau ahli Parlimen sudah gagal memahami undang undang dan mematuhi undang undang...inilah jadinya.

    Parlimen yang buat undang undang, tapi terbukti ramai pembangkang yang melanggar undang undang yg bersifat sensitif yang boleh mengugat kesetabilan dan keharmonian..

    Bagi mereka yang beriman, pilihan sudah semakin 'sempit', kerana manusia sememangnya tidak layak sama sekali untuk mengubal undang dia atas keterbatasan sifat manusia itu sendiri. Hakikatnya manusia wajib dan wajar untuk merujuk kepada Sang Pencipta untuk mendapat panduan hidup ini, bukan sahaja dalam mengurus diri sendiri tetapi dalam mengambil sikap dan keputusan untuk menjatuhkan hukuman..
    Ada yang prigatin kerana seolah olah kuasa Agong diambil alih, tetapi berapa ramai pula yang sekian lama terasa bahasa hak mutlak Allah telah dicabuli .. berusahalah untuk kembali kepada Islam dan menjadikan sumber ugama itu sebagai rujukan tertinggi yang luhur dan mutlak .. langkah pertama hanyalah dengan cara orang Melayu kembali bersatu di atas dasar akidah yang dianut dan imani tanpa dipengaruhi oleh fahaman politik sempit kepartian ..itulah langkah pertama untuk mengekang segala perancangan dan perencanaan jahat musuh Islam untuk menarik ummat kepada 'millah millah' mereka ...

    ReplyDelete

KOMEN JANGAN HINA AGAMA DAN PERKARA SENSITIF. AKU TAK TANGGUNGJAWAP KALAU KORANG KENA.