Tuesday, 24 November 2015

YAPEIM AKAN TERUS MEMBERI FAKTA KEPADA PENCARUM.


Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (Yapeim) hampir mengenal pasti pihak yang membocorkan dokumen dan tidak menolak kemungkinan perbuatan itu dilakukan orang dalam yayasan itu sendiri, di samping didorongi “unsur-unsur luar”.

Bagaimanapun, Ketua Pengarah Yapeim Datuk Abibullah Samsudin berkata, beliau enggan mengulas lanjut mengenai perkara itu memandangkan siasatan masih dijalankan polis.

“Kalau saya sebutkan (secara mendalam) akan mengganggu siasatan polis dan kita sedang buat siasatan dalaman dan sedang mencari punca daripada mana perkara ini berlaku.

“Ada sedikit keyakinan maklumat ini daripada dalam dan sedikit daripada unsur-unsur luar,” katanya seperti dilaporkan Utusan Malaysia.  

Laporan polis itu dibuat susulan daripada beberapa siri pendedahan Pusat Pemantauan dan Pendedahan Maklumat Kebangsaan (NOW) berhubung salah guna wang yayasan tersebut.

Pada masa sama, Abibullah berkata, pihaknya yakin penarikan diri kira-kira 3,000 penyumbang dana Aamal Jariah untuk terus menyumbang melalui skim potongan gaji (SPG) hanya bersifat sementara.

“Sehingga kini terdapat lebih 500,000 penyumbang dana melalui SPG dan pemberhentian ini hanya melibatkan 0.001% sahaja.

“Kita mempunyai nama alamat dan nombor telefon penyumbang, kita akan berikan penjelasan kepada mereka, pemberhentian ini hanya bersifat sementara sehingga mereka benar yakin dan akan teruskan sumbangan kepada Yapeim,” katanya.

Kelmarin, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, siasatan akan dibuat terhadap NOW atas kesalahan mendapatkan dokumen Yapeim secara tidak sah sudah dimulakan.

Khalid berkata ianya susulan laporan polis yang dibuat Abibullah pada Rabu lalu.
TMI

3 comments:

  1. 'Kapir' dan cai buat cerita, orang Islam dan Melayu yng rugi. Bergasak lah orang Melayu sampai layu.

    ReplyDelete
  2. Yang menentang kemungkaran pula yang disoalsiasat........
    Dunia dah hampir kepenghujungnya......
    Bersedialah dengan jawapan soalan Rabbuljalil.....

    ReplyDelete
  3. Apa2pun yapeim terimalah pendedahan ini sebagai teguran yang positif.

    ReplyDelete

KOMEN JANGAN HINA AGAMA DAN PERKARA SENSITIF. AKU TAK TANGGUNGJAWAP KALAU KORANG KENA.