Thursday, 31 December 2015

2016 : PARTI PAN TIDAK KEMANA SELAGI GAGAL MENUMPASKAN PENGARUH PAS.


parti pan adalah serpihan pas.

mereka digambarkan sebagai kuasa politik baru pembangkang malam diiktiraf kewujudannya oleh dap.

kata mereka, parti pan adalah parti progresif islam, lebih moderat dan terbuka dalam segi segala hal. parti pan diprojektorikan sebagai harapan kepada kekuatan baru pembangkang, malah dijenamakan dengan gabungan pembangkang yang baru iaitu pakatan harapan meninggalkan legasi 4 tahun pakatan rakyat.

sambil cuba memberikan provokasi positif mengenai parti pan, pas parti asal pimpinan pan diperlekehkan dengan kepelbagaian terma outdated dalam politik.

setelah beberapa bulan, hanya itu sahaja kemampuan parti pan menuju arus.

proses labelling dan damaging parti lama mereka untuk mewujudkan ketidakpercayaan dan diskredit pas.

label terbaru parti pan terhadap pas, adalah pas digelar penyokong IS.

kegagalan parti pan untuk menerobos kubu pemikiran lantas mengalihkan sokongan ahli pas kepada pan semakin nampak. 

justifikasi mengapa pan alternatif kepada pas gagal diterjemahkan.

penyokong dan ahli pas masih kekal menganggap parti pan adalah terbentuk kerana kelompok kecewa gagal dalam pemilihan muktamar pas.

betul lah itu.

2016 merupakan tahun penentu kewujudan parti pan PERLU DIRASAI oleh ahli dan penyokong pas.


kredibel pimpinan parti pan masih mengekalkan lagu dan stail sama.

mat sabu presiden parti pan, masih mengekalkan ciri lawak dan gagal untuk diangkat sebagai pewaris baru yang ada ciri yang dikehendaki.

namun dalam kesuraman momentum parti pan laksana suramnya wajah nur mat sabu, parti pan masih ada harapan untuk menunjukkan sesuatu.

obligasi dan terma kumpulan parti pan adalah mewakili pemikiran liberal, moderat dan lebih terbuka.

mujahid yusof rawa sendiri menyokong kumpulan G25 mengenai isu khalwat.

doktrin sebegini memang dikehendaki oleh dap dan puak antai status quo.

parti pan harus sasarkan kewujudan di beberapa negeri terbuka.

bermakna parti pan harus sasarkan selangor, penang, perak, n9, melaka dan johor sebagai matlamat awal operasi mendapat sokongan.

jika parti pan bertanding di kelantan dan trengganu, ia seumpama mengkehendaki pasukan malaysia yang pernah seri dengan bangladesh untuk melawan germany.

ini hakikat. 

pas amat kuat cengkaman dan struktur totok penyokong di negeri ini.

adakah 2016 memungkin parti pan dilihat makin kuat lantas berjaya overcome pas ?

masa menentukan.



2 comments:

  1. Anjing yang menyalak tak menggigit, orang yang menyalak tak berfikir.

    ReplyDelete
  2. PAN ni parti pelawak je. proksi DAP. semua org tahu lah.

    ReplyDelete

KOMEN JANGAN HINA AGAMA DAN PERKARA SENSITIF. AKU TAK TANGGUNGJAWAP KALAU KORANG KENA.