Tuesday, 22 December 2015

DAP MAKIN TERUK BERANTAKAN.


dulu pada zaman dap tidak kemana, mereka tidak memberontak.
dulu pada zaman dap menagih undi melayu, dap masih tidak ke mana.

dap pada hakikatnya tidak seteguh mana. mereka dilihat kuat kerana kepelbagaian kerja menanam persepi terhadap gerakan dan mca.

dulu mereka tiada krisis perebutan dalam parti.

yang pernah menjadi sedikit bahan berita bilamana pertentangan bekas speaker selangor, teng chang kim melawan arus penguasaan guan eng dalam pemilihan CEC dap tidak berapa lama dahulu.

proses kepercayaan dap yang beriltizam untuk menawan putrajaya akhirnya telah mewujudkan sikap tamak dan pemikiran halobaisme menguasai pimpinan parti.

setelah berjaya menjahanamkan pas yang akhirnya berpecah dua, kini karma evil mainan pimpinan dap terkena pada mereka sendiri.

krisis kepimpinan dap di 3 negeri iaitu johor , penang dan yang terbaru sabah menunjukkan sikap sebenar pimpinan dap yang amat fokus kepada mementingkan jawatan dan bukannya servis pada rakyat.

terkeluarnya orang kuat dap selama 20 tahun, dr boo cheng hau menunjukkan sikap haloba kuku besi kit siang dan guan eng untuk melakukan cengkaman lantas mewujudkan kabilah dan fraksi buta tuli taat pada mereka.

dap johor kini berharap kepada teo nie ching dan liew chin tong, pemain import dan pemain muda balaci kit siang dalam usaha mengukuhkan kuasa kit siang.

pada mesyuarat dap penang, sudah secara terbuka seluruh perwakilan anak negeri penang mahukan pengerusi negeri dilayakkan secara automatik menjadi ketua menteri..

masalah besar di sini, guan eng bukan pengerusi dap penang.

andaikata guan eng mahu mengekalkan kerusi ketua menteri, maka guan eng hendaklah terlebih dahulu bertarung dalam pemilihan negeri untuk justifikasi sokongan lantas mengekalkan jawatan ketua menteri.

rakyat umum mengetahui bahawa jawatan ketua menteri yang disandang guan eng merupakan hadiah kepintaran beliau 'hijack' insiden di malam kemenangan di sebuah hotel di penang.

guan eng punyai pilihan .

dia dikenali sebagai pemimpin dap yang tidak konsisten pendirian dan tiada base tetap. sama seperti bapanya.

kit siang melompat dari kerusi ipoh timur ke gelang patah dan menggambarkan cubaan pindah kawasan ini dilihat untuk meluaskan kuasa dap. ini pada permukaan, tetapi sebaliknya kit siang berbuat demikian bagi justify move guan eng yang ditolak bulat-bulat ahli dap melaka dan berpindah ke penang.

kini penang menolak guan eng.
jalan terbaik , guan eng samada bertanding jawatan dap penang atau sekali lagi berpindah ke johor.

guan eng ditolak dap melaka kerana mereka anak beranak telah memalukan anak tempatan bernama ker kim hock. hasilnya mereka ditendang.

kit siang dan guan eng tidak mahu krisis insiden sama berulang di penang. jika dap penang menolak guan eng, maka maruah politik dinasti mereka akan teruk tercemar.

semalam muncul pula krisis kepimpinan dap di sabah, pertembungan antara jimmy dan stephen, tak lain bergaduh mengenai kedudukan jawatan dalam parti dap sabah.

dengar khabar, dap N9 pun dah mula menunjukkan masalah.

1 comment:

  1. Mengapa guna 'Penang' dan bukan Pulau Pinang? yang saya tahu, hanya DAP suka guna Penang, walaupun bercakap dalam bahasa Melayu.

    ReplyDelete

KOMEN JANGAN HINA AGAMA DAN PERKARA SENSITIF. AKU TAK TANGGUNGJAWAP KALAU KORANG KENA.